Buletin

KEI CAR TANTO FUNCROSS, SEDIA MENGUASAI JALAN RAYA DI BANDAR

Kei Car sememangnya sangat popular di Jepun, sebab itulah pembuat kereta terus menawarkan pelbagai pilihan dari segi reka bentuk yang comel kepada pengguna di sana. Terbaharu, Daihatsu ada melancarkan versi terkini Tanto FunCross yang begitu menarik perhatian.

Generasi keempat Daihatsu Tanto mula diperkenalkan pada 2019 bersama sebuah lagi ke-car iaitu Subaru Chiffon.

Model asasnya dikekalkan untuk tahun 2023, tetapi Daihatsu meningkatkan lagi tarikan model Tanto Custom dengan memberinya gril seperti Lexus yang ada banyak elemen krom, roda baharu dan warna yang lebih funky. Portfolio itu kemudian diperluaskan dengan penambahan Tanto FunCross.

Berbanding dengan Tanto standard, FunCross menampilkan bampar baharu yang kebanyakannya ditutup dengan pelapisan plastik dalam usaha untuk menjadikan kenderaan itu kelihatan lasak.

Pendekatan yang serupa telah dipilih untuk gril dan acuan sisi – mungkin diilhamkan oleh Airbumps Citroen. Elemen khusus lain FunCross termasuk aluminum-style skidplates, lampu depan LED, rel bumbung dan roda aloi gelap sepenuhnya. Daihatsu juga mengeluarkan dua pakej aksesori -“Rugged” dan “Casual Active” yang membawa lebih banyak pilihan reka bentuk luaran.

Di dalam kabin, FunCross mendapat aksen warna terang pada papan pemuka termasuk door cards, upholsteri tempat duduk digayakan dengan camouflage, ruang kargo kalis air dan tempat duduk belakang.

Skrin sentuh infotainment 9-inci dan kluster instrumen digital yang dipasang tinggi dikekalkan daripada Tanto biasa, begitu juga dengan pintu belakang gelongsor automatik selain tempat duduk pemandu boleh dilaraskan ke belakang.

Ciri praktikal lain seperti port pengecasan USB di bahagian belakang, storan tambahan di bawah but, pencahayaan dalaman dan rak bumbung pilihan menjadikan perjalanan lebih mudah, walaupun kenderaan ini hanya berukuran 3,395 mm panjang, 1,475 mm lebar, dan tinggi sehingga 1,775 mm.

Seperti rangkaian kereta kei lain dari Daihatsu termasuk Taft, Move Canbus Hijet dan Atrai, Tanto juga berasaskan platform DNGA. Di bahagian bawah bonet kecil, terletak enjin petrol tiga silinder 658cc yang menghasilkan 51hp (38 Kw) dalam bentuk semulajadi atau 63hp (47 kW) dalam bentuk pengecas turbo. Transmisi CVT menghantar kuasa sama ada ke hadapan (2WD) atau ke kedua-dua gandar (4WD).

Daihatsu masih belum mengumumkan harga untuk varian Tanto baharu, tetapi ia dijangka lebih mahal sedikit daripada Tanto biasa. Ramalan harga antara $9,072 (RM40692.46) dan $13,045 (RM58513.35) bergantung pada konfigurasi.

GALERI:

Google ads
Back to top button