Artikel PilihanBuletin

KOENIGSEGG CCX HANCUR BERKECAI DI MEXICO

Sebuah Koenigsegg CCX yang baru-baru ini ditawarkan untuk jualan di sebuah pusat jualan di Texas telah hancur berkecai dalam satu kemalangan di Mexico. Menurut saksi kejadian, kereta itu telah dipandu dengan kelajuan tinggi oleh dua orang lelaki sebelum melanggar bahagian tepi jalan dan berpusing beberapa kali sebelum berhenti dalam keadaan remuk. Jika dilihat berdasarkan gambar yang nampak macam kena tembak dengan peluru berpandu ataupun diletupkan dengan bom.

Kemalangan ini berlaku di Nuevo Laredo dalam daerah Tamaulinas, Mexico bersempadan dengan Bandar Laredo, Texas. Laporan juga menyatakan inilah satu-satunya Koenigsegg yang ada di Mexico dan dijaga dengan cukup cermat berdasarkan keadaan luaran kereta. Maklumat di laman web jualan menunjukkan ini merupakan model tahun 2009 dengan cesi bernombor #067 dan cuma mempunyai bacaan 1,721 kilometer pada odometer. Harga yang ditawarkan ialah 1.4 juta dolar Amerika untuk kereta yang berumur tujuh tahun. Kalau di Malaysia memang arwah la harganya.

Menariknya keadaan sel penumpang masih dalam keadaan baik walaupun bumbung telah tercabut sepenuhnya. Bahagian tempat duduk dan papan pemuka masih dalam keadaan baik. Namun demikian gandar hadapan, tayar dan hampir keseluruhan panel badan semuanya telah tertanggal.

Koenigsegg-CCX-crash-3

Mangsa-mangsa telah dikejarkan ke hospital tempatan Mexico dan keadaan masih tidak diketahui. Mereka dipercayai rakyat tempatan dan dalam perjalanan menuju ke Monterrey, Mexico. Bayangkan jika kereta model lain yang terlibat dalam kemalangan seperti ini. Peluang untuk selamat tu memang tipis la rasanya.

Untuk pengetahuan, Koenigsegg CCX merupakan model edisi terhad yang mampu memecut dari statik ke 100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.2 saat. Supercar dari Sweden ini dibekalkan dengan enjin aluminium 4.7 liter supercharge berkembar yang mampu menghasilkan sekitar 800 bhp pada 7000 rpm. Tork maksimanya pula adalah 920 Nm pada 5700 rpm. Transmisinya pula adalah pilihan sama ada 6-kelajuan manual ataupun 6-kelajuan semi auto. Kuasa kemudian disalurkan ke roda menerusi sistem LSD yang sangat sensitif.

Koenigsegg-CCX-crash

Cesinya diperbuat daripada gentian karbon yang diperkuatkan dan digabungkan dengan kevlar dan jalinan aluminum bentuk sarang lebah. Ini menjadikannya cukup ringan dan kuat. Mungkin struktur inilah yang telah menyelamatkan nyawa kedua pemandu dan penumpang sewaktu kemalangan tersebut. Namun untuk peringatan semua, sekuat mana pun sesebuah cesi itu ia tidak akan bermakna jika kita tidak memakai tali pinggang keledar.

CCX merupakan kependekan daripada Coupe Competition X, X merupakan angka roman bermaksud sepuluh kerana ini merupakan model untuk meraikan ulang tahun ke sepuluh Koenigsegg.

koenigsegg-ccx-2015-images-178542

CCX juga menawarkan pilihan rim gentian karbon yang pertama dalam industri. Ianya adalah 3 kilogram lebih ringan daripada rim aloi biasa. Jika mahu lebih jimat (?), rim standard aloi magnesium sudah lebih dari mencukupi. Jangan selepas ni ada yang pergi ke kedai tayar cari sport rim magnesium untuk Axia. Memang tak ada la bang.

Diameter rim pula ialah 19 inci di hadapan dan 20 inci dibelakang menggunakan sistem nat tunggal di bahagian tengah rim. Tayar hadapan bersaiz 255/35 Y19 manakala di belakang bersaiz 335/30 Y20 jenama Michelin Pilot Sport 2. Kuasa henti diperkuatkan dengan brek cakera seramik 8 piston sebesar 15 inci di hadapan dan cakera 6 piston 14.3 inci dibelakang. Ini pun belum cukup untuk menghentikan kereta ini 100 peratus sewaktu kemalangan.

Apapun yang menyedihkan, kereta ini merupakan antara sepuluh kereta tercantik dunia mengikut majalah Forbes pada bulan Mac 2009. Ini juga merupakan impian saya yang rasanya memang akan kekal menjadi impian selamanya. RIP #067

 

Kredit gambar

Motor Trend

Tags
Google ads
Back to top button