Peranti

HONOR 8: LEBIH CANTIK & BERKUASA, HARGA BERMULA RM1,699 SAHAJA!

Pengeluar telefon pintar dari China, Huawei semalam memperkenalkan model terbaru dalam keluarga honor, honor 8.

honor-8-malaysia-mekanika (8)

Dilancarkan kepada dunia kurang sebulan lalu di Paris, pengguna di Malaysia menjadi antara pengguna yang paling awal memiliki honor 8.

“honor Malaysia memahami keperluan golongan muda. Menerusi honor 8, kami memastikan para peminat honor tidak perlu memilih di antara peranti yang cantik atau berkuasa.

honor-8-malaysia-mekanika (7)

“Sebagai sebuah telefon pintar  yang versatil, honor 8 mengimbangi aspek inovasi, kelajuan dan ketersambungan yang menjadi ciri utama golongan pengguna muda,” kata Pengarah E-Dagang  honor Malaysia, Allen An.

Apa yang menarik perhatian pastinya badan kaca 2.5D pada kedua-dua sisi, bucu aluminium yang dipotong menggunakan permata dan bezel ultra nipis. Permukaan yang licin dan nampak mewah itu boleh memantulkan cahaya daripada apa jua sumber dengan begitu cantik sekali.

honor-8-malaysia-mekanika (3)

Bukan itu sahaja, honor 8 didatangkan dengaan kamera dua lensa warna dan monokrom 12MP yang inovatif. Anda boleh memanfaatkan ciri dual ISP, 1.25μm, dan apertur F2.2 untuk merakam gambar dalam apa jua kondisi

Bagi yang gemar berselfie pula, anda pasti berpuas hati dengan kualiti gambar kamera hadapan 8MP. Ia juga hadir dengan piksel 1.4μm bersama mode “Perfect Selfie” dan Low Light Portrait.

honor-8-malaysia-mekanika (9)

honor 8 dikuasakan oleh pemproses Kirin 950 dengan 8-core CPU sehingga 2.3HGz danb 16nm FinFET. Ia menawarkan prestasi lancar untuk menggunakan apa jua aplikasi.

Bateri berkapasiti 3,000mAh yang disokong oleh Smart Power 4.0 pula mampu bertahan sehingga 1.77 hari. Jika bateri habis, pengecasan pantas boleh memberikan anda kuasa bateri sebanyak 47 peratus dalam masa 30 minit sahaja.

honor-8-malaysia-mekanika (2)

Bagi meningkatkan pengalaman ketika menggunakannya, pengimbas cap jari 3D membolehkan pengguna mengakses fungsi-fungsi yang kerap digunakan dengan pantas.

Paparan FHD bersaiz 5.2 inci honor 8 turut dilengkapi teknologi peningkatan warna untuk pengalaman menonton yang mengujakan.

honor-8-malaysia-mekanika (4)

Telefon pintar ini hadir dalam empat warna iaitu biru, emas, putih dan hitam. Varian hitam dan putih yang mempunyai 4GB RAM serta ruang storan 32GB ditawarkan pada harga RM1,699.

Sementara varian berwarna biru dan emas yang lebih premium berharga RM1,899 seunit bersama 4GB RAM dan storan 64GB. honor 8 akan mula dijual di laman web Lazada, Vmall dan DirectD mulai esok (8 September 2016).

Tags
Google ads
Back to top button