
KOLEKSI KERETA-KERETA MENARIK CHRISTIAN VON KOENIGSEGG – HAMPIR SAMA DENGAN ABANG JAPAR DIK
Christian Von Koenigsegg ialah antara pereka yang mahir mencipta kereta-kereta berkuasa. Contoh terbaru tentulah Koenigsegg Jesko Absolut dengan enjin V8 turbo berkembar 1,600 hp yang kini memegang beberapa rekod kelajuan. Mana dia dapat inspirasi dan kereta apa yang dimiliki oleh pereka terkenal ini?
Terdapat beberapa kereta yang memberikan inspirasi kepada beliau untuk menghasilkan Jesko Absolut dan ini antara beberapa model menarik yang memang berada dalam garaj beliau.
Suzuki Swift GTi

Ada yang menyatakan Swift GTi ialah kereta pertama dimiliki Koenigsegg dan ia bukan sesuatu yang asing. Tanyalah mana-mana kaki kereta dan semua sedia maklum akan kelebihan kereta ini.
Enjinnya mungkin nampak kurang berkuasa tapi sudah lebih dari mencukupi untuk membolehkan Swift GTi yang ringan ini membuat pecutan 0-100 kmj hanya dalam masa 9 saat. Ianya cukup lincah selain dibekalkan dengan kotak gear manual lima kelajuan yang menghantar kuasa ke tayar hadapan dengan efisyen.
Mazda Miata

Nampak tak abang dah kata selera kereta dia sama dengan abang. Inilah kereta yang digunakan oleh Koenigsegg dan isteri mengembara di sekitar Sweden satu ketika dahulu. Miata milik beliau pernah dijual satu ketika tapi Koenigsegg kemudian membelinya kembali dengan harga yang agak mahal.
Koenigsegg pernah menyatakan jika beliau hanya mempunyai setangki petrol dan sebuah kereta, kereta tersebut semestinya ialah Miata. Ia adalah contoh terbaik sebuah kereta sport. Penuh keseronokkan pemanduan walaupun hanya dibekalkan enjin 116 hp.
Volvo XC90

Sebagai lelaki yang mempunyai keluarga, takkanlah setiap masa nak pandu kereta sports dua pintu. Nak balik kampung masa raya korban mesti la kena bawak kenderaan yang lebih besar dan selesa. Pilihan beliau ialah Volvo XC90 SUV.
Inilah SUV yang selamat, selesa dan berkuasa yang praktikal untuk jutawan Sweden ini. Dihasilkan di Sweden dan menjalani pilihan jutawan Sweden. Mantap bey.
Mini Cooper S JCW

Sebuah lagi kereta sports yang mendapat jolokan ‘go kart jalan raya’. Mini Cooper S JCW mempunyai suspensi yang lebih keras dari varian lain dan memberikannya kelebihan seperti go kart di selekoh. Ia ditawarkan dengan dua pilihan transmisi dan pilihan Koenigsegg semestinya gear manual. Macam abang jugak la.
Lotus Esprit V8

Mana boleh claim diri sebagai peminat kereta kalau tak minat dengan Lotus. Esprit V8 mempunyai rekaan yang ringan dan enjin V8 yang berkuasa. Walaupun dikatakan mempunyai banyak masalah namun tidak dapat disangkal yang memang menjadi salah satu sumber inspirasi kepada Koenigsegg.
Ferrari 575 Maranello.

Ternyata yang Koenigsegg bukannya seorang pembatak jenama. Buktinya beliau turut memiliki kenderaan daripada pelbagai negara contoh nya Ferrari 575 Maranello yang berasal dari Itali.
Inilah Ferrari dengan enjin V12 515hp yang mampu memecut ke 325 kmj dengan iringan deruman ekzos dan enjin yang menggegar sukma.
Porsche 911 Targa GTS

Ia biasanya digunakan oleh Haldora, isteri kepada Koenigsegg yang juga merupakan CEO Koenigsegg Automotive. Porsche hibrid ini mempunyai 503 hp kuasa dan mampu membuat pecutan 0-100 kmj hanya dalam masa 3 saat.
Melihat kereta yang dipandu si isteri ternyata keduanya memiliki minat yang sama. Ini baru sedondon.
Toyota GR Yaris

Inilah kereta yang dipandu oleh pencipta hypercar 1,600 hp setiap hari. Ya setiap hari tuan-tuan. Macam abang Japar juga tapi okey la sebab rumah abang dengan ofis dekat je.
Oh ya, Koenigsegg pun pandu versi manual ya. Sama la. Korang yang muda-muda tapi asyik cakap lenguh kaki dalam jem la, balik raya cramp kaki la memang tak sesuai pakai kereta macam ni.

