
Motosikal
PIRELLI X ZK RACING: PELUANG MENANG TIKET GRANDSTAND HAKIM DANISH TRIBUNE
Pirelli dengan kerjasama ZK Racing menawarkan peluang memenagni 20 tiket Grandstand Hakim Danish Tribune bagi menyaksikan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang yang akan berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November ini.
Bagi yang berminat, orang ramai hanya perlu membuat pembelian satu set atau dua biji tayar Pirelli dalam satu resit. Setiap resit melayakkan satu penyertaan.

Kemudian hanya perlu imbas kod QR tertera dan melengkapkan borang Google Form termasuk memuat naik resit pembelian ersebut.
Cabutan utama akan diumumkan oleh pelumba negara, Hakim Danish sendiri. Dalam pada itu, orang ramai turut berpeluang memenangi pelbagai cenderahati dari Pirelli.
Kempen ini akan berjalan sehingga 10 Oktober ini.







