Buletin

HARGA MPV MEWAH LEXUS LM300h DIDEDAHKAN. RM1.3 JUTA DI CHINA?

Sebelum ini, Mekanika Malaysia ada berkongsi beberapa laporan mengenai MPV pertama Lexus yang dikenali sebagai Lexus LM. 

MPV itu dikatakan bakal diperkenalkan pada acara Taipei Motor Show 2019  dengan hanya satu varian hibrid iaitu LM300h.

Khabar angin itu dikuatkan lagi dengan pendedahan beberapa keping gambar LM dirakam berada di sebuah pelabuhan di Jepun, sedia untuk dihantar. 

Menurut media China, Lexus LM300h akan ditawarkan pada harga RMB2.18 juta atau (RM1.3 juta) di pasaran China. Harga itu semestinya jauh lebih mahal berbanding Toyota Alphard atau Vellfire yang menjadi asas kepada model ini. 

Sebagai sebuah Lexus, LM300h tampil dengan gayaan premium menerusi gril spindle besar yang menjadi signatur model moden Lexus. Gril krom itu kemudian diapit oleh sepasang lampu utama LED berbentuk tajam.

Bahagian belakang diserlahkan dengan reka bentuk lampu LED yang tidak konvensional. Penampilan agresif diserlahkan lagi dengan kemasan krom pada bahagian bawah hadapan, sisi dan belakangnya. 

Menjadi kenderaan untuk membawa bos-bos besar, Lexus LM hadir dengan pilihan susun atur 4 dan 7 tempat duduk. Buat masa sekarang, Taiwan mengesahkan bahawa ia akan memperkenalkan varian dengan 4 tempat duduk. 

Seperti yang boleh dijangka, ruang kabin Lexus LM memang mewah. Tempat duduknya cukup luas dan besar untuk memberikan keselesaan yang maksimum. Penumpang juga dihidangkan dengan sebuah TV LCD bersaz 26 inci yang memisahkan di antara dua baris tempat duduknya. 

Sistem bunyi pula terdiri daripada Harmon Kardon dengan 19 unit pembesar suara yang membolehkan penumpang menonton TV, mendengar muzik atau bermain permainan video seperti di ruang tamu rumah. 

LM300h dikuasakan oleh enjin bersesaran 2.5 liter bersama sistem hibrid Toyota yang mampu menjana kuasa sekiyat 211hp Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear E-CVT yang menjanjikan penjimatan dan penukaran gear lebih pantas. 

Bagaimana pula dengan harganya? Untuk pasaran Taiwan, Lexus LM300h akan ditawarkan pada harga bermula NT$3.5 juta (RM472,000) hingga NT$5 juta (RM674,000). Harga RM1.3 juta yang dinyatakan di atas tadi ialah harga yang diberi oleh pengedar Lexus di China. 

Berapa agaknya kalau Lexus LM dijual di Malaysia nanti?   

sumber: automachi.com

Tags
Google ads
Back to top button