
LEXUS UMUM HARGA MPV LM300h DI THAILAND. VARIAN 4 & 7 TEMPAT DUDUK, BERMULA RM740K!
Lexus Thailand baru sahaja mengumumkan harga rasmi MPV mewahnya, Lexus LM300h untuk pasaran tempatan. Dijadual melakukan debut pada acaara Bangkok Motor Show yang kini telah ditangguhkan, Lexus LM300h ddidatangkan dalam dua varian.
Varian dengan empat tempat duduk ditawarkan pada harga 6.5 juta baht (RM874,222). Manakala varian berkapasiti tujuh tempat duduk berharga 5.5 juta baht (RM740,000) seunit. Harga itu menjadikannya sebagai MPV paling mahal dalam segmen kenderaan mewah di Thailand.
Selain konfigurasi tempat duduk, kedua-dua varian itu sarat dengan pelbagai ciri kemudahan dan sistem keselamatan termaju.

Antaranya ialah sistem lampu tinggi adaptif, sistem pra-pelanggaran, Lane Tracing Assist, Kawalan Jelajah Radar Dinamik, cermin pandang belakang digital, brek sokongan parkir dan banyak lagi.
Lexus LM300h dikuasakan oleh enjin empat selinder bersesaran 2.5 liter berkuasa 197hp bersama sistem hibrid.
Penggunaan bahan api adalah sekitar 15.6km/l dengan pecutan 0-100km/j boleh dicatat dalam masa 10.5 saat. Keselesaan di dalam kabin disumbang oleh penggunaan penyerap hentak jenis swing valve.

Sedia maklum bahawa LM 300h dibangunkan di atas platform Toyota Alphard/Vellfire, tetapi sangat berbeza dari segi rekaan dalaman dan luarannya. LM 300h didatangkan dalam dua warna pilihan sahaja iaitu hitam dan putih mutiara.
Sebagai perbandingan, Toyota Alphard hibrid dijual pada hara 3.9 juta baht (RM525,000) dengan konfigurasi tiga baris tempat duduk.
Pesaing paling hampir ialah Mercedes-Benz V220d varian Avantgarde Premium yang ditawarkan pada harga 5.79 juta baht (RM779,300) seunit.
- BACA: HARGA MPV MEWAH LEXUS LM300h DIDEDAHKAN. RM1.3 JUTA DI CHINA?
- BACA: LEXUS LM GAYA ARTISAN SPIRITS – MERECIK SUNGGUH!
- BACA: LEXUS LM300H DILANCARKAN- DEFINISI MPV MEWAH SEBENAR…
- BACA: ALPHARD/VELLFIRE TAK CUKUP MEWAH? BELI MPV LEXUS NI
GALERI