Buletin

LEXUS CT KERETA TERPAKAI PALING DIPERCAYAI – WHAT CAR? UK

Ini satu kajian menarik apabila What Car? menyenaraikan kereta terpakai paling dipercayai (reliable) dan sebaliknya di United Kingdom.

What  Car? yang merupakan platform pembelian kereta baharu telah membuat tinjauan dengan lebih 18,000 pemandu mengambil bahagian.

Keputusannya tidak sukar untuk dijangkakan apabila Lexus CT telah terpilih sebagai kereta terpakai paling dipercayai di UK.

Tinjauan yang dibuat merangkumi beberapa soalan seperti reliabiliti dalam tempoh 12 bulan lalu, jenis masalah yang dihadapi dan kos untuk pembaikan.

Dari senarai sepuluh kereta yang paling dipercayai, jenama Jepun mendominasi dengan menduduki tujuh kedudukan.

Lexus CT berada di tangga teratas dengan undian daripada pemilik dan memperolehi 99.5 peratus rating boleh dipercayai.

Hanya empat peratus pemilik mengalami masalah dengan Lexus CT mereka dan punca tunggal ialah bateri.

Suzuki Swift dan Toyota Auris Hybrid pula ditempat kedua dan keempat.

Bagaimana pula dengan senarai kereta yang paling kurang dipercayai?

Di kedudukan pertama undian ialah Audi A3 diesel model 2003 hingga 2013. Model itu memperolehi skor sebanyak 40 peratus.

Lebih dari satu pertiga (37 peratus) A3 diesel yang ditinjau mempunyai masalah dengan 22 peratus berpunca dari enjin.

Tempat kedua dan ketiga diduduki oleh Ford Focus diesel (2004-2011) dan Vauxhall Zafira (2005-2016).

Merentasi pelbagai model, satu pertiga pemilik memaklumkan kepada What Car? kereta mereka mengalami masalah dengan bahagian elektrikal (bukan enjin) dan disusuli oleh suspensi dan brek.

19 peratus pemilik turut memaklumkan pengeluar menanggung kos pembaikan yang dilindungi oleh waranti.

Berikut ialah senarai sepuluh kenderaan terpakai paling dipercayai di UK oleh What Car?

Jenama dan model Skor
Lexus CT (2011 – sekarang) 99.5%
Suzuki Swift (2010 – 2017) 98.6%
Toyota Auris Hybrid (2013 – sekarang) 98.5%
Honda Civic (2012 – 2017) 97.8%
Peugeot 107  (2005 – 2014) 97.8%
Lexus RX (2009 – 2016) 97.7%
Toyota RAV4 (2013 – 2019) 97.6%
Fiat Panda (2012 – sekarang) 96.0%
Skoda Yeti diesel (2009 – 2017) 96.0%
Honda CR-V (2012 – 2018) 95.9%

BACA: 10 KERETA SELAMAT 2019, 2 MAZDA TERSENARAI DALAM DOMINASI KUMP. VW

BACA: LAMPU KERETA MODEN MEMANG CANGGIH TETAPI TAHUKAH ANDA BERAPA KOSNYA?

BACA: KENAPA ENJIN BOXER SUSAH UNTUK DIGUNAKAN PADA KERETA?

Tags
Google ads
Back to top button