Buletin

BIG BIKE WAREHOUSE KUTIP RM4.5 JUTA HASIL JUALAN DALAM 3 HARI!

Sebenarnya, event ni bukanlah besar mana pun. Memang tak besar kalau dibandingkan dengan bike week yang banyak ada sekarang. Hampir tiap-tiap minggu ada ecent motor.

Acara yang dianjurkan oleh Didi Resources ini bagaimanapun sangat berjaya sebab memang penuh dengan manusia dan semua vendor gembira dengan hasil jualan masing-masing.

Konsep “jualan gudang” begini agak unik apatah ia melibatkan Didi Resources sendiri yang merupakan pemegang hak jenama utama seperti Harley dan kumpulan Piaggio (Moto Guzzi, Aprilia, Vespa) ditambah lagi dengan aksesori seperti helmet, glove, Givi, minyak hitam dan semuanya lah,

Sebanyak 53 buah motosikal yang terdiri dari pelbagai jenama seperti Modenas, Vespa, Moto Guzzi, Kawasaki, Aprilia, Ducati and Harley-Davidson terjual dalam acara yang berlangsung dari 6 hingga 8 Mac lalu.

Kutipan keseluruhan jualan mencecah RM4.5 juta yang mana ia turut disumbangkan oleh jualan aksesori yang ditawarkan oleh vendor seperti Sepang International Circuit, Big Boys Adventure, Riders Garage, Zeus helmet, HJC helmet, Shoei helmet, KYT helmet, Petronas, ELF, Motul, Akrapovic, Ktech, Hypergear, GIVI, Sheng Fatt Superbike, Goh Brothers Motorcycles, Hup Seng Bikerz, Modenas Power Store dan Aeon Credit Services.

“Kami berterima kasih kepada rakan-rakan niaga kerana mengambil bahagian dalam proram pertama Big Bike Warehouse. Akan datang, kami berharap dapat lokasi yang lebih bagus dan dapat lebih menarik lebih ramai vendor untuk menyertainya, ujar Juan Chow Wee, Pengurus Besar Didi Resources Sdn Bhd.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button