Buletin

LEXUS LM GAYA ARTISAN SPIRITS – MERECIK SUNGGUH!

Belum pun dilancarkan secara rasmi, sudah ada firma talaan yang mahu menghasilkan body kit untuk MPV mewah Lexus LM.

Kali ini, ia datang dari tuner terkenal Jepun, Artisan Spirits yang fokus kepada model-model mewah Toyota. Sebelum ini, ia pernah menghasilkan bodykit untuk model Lexus IS, NX, RX dan LC500.

Jika anda masih ingat, Lexus memperkenalkan versi mewah Alphard/Vellfire itu pada acara Shanghai Motor Show 2019.

Melihat kepada pasaran mewah Jepun, tidak mustahil Lexus LM akan menjadi platform popular untuk dimodifikasi. Perkembangan itu pastinya banyak disumbangkan oleh populariti Alphard dan Vellfire.

Tidak nampak terlalu berlebihan, bodykit Artisan Spirits melibatkan kit pada bahagian bawah LM dan spoiler belakang.

Bahagian hadapan pula diserlahkan lagi dengan gril lebar berwarna hitam dan gayaan mewah Lexus. Jentera itu juga dipasang dengan bonet karbon berwarna hitam yang diperbuat daripada hud asal LM.

Ruang arca roda diminimumkan menerusi penggunaan rim aftermarket 10 jejari bersaiz 21 atau 22 inci. Ia juga mungkin dilengkapi sistem suspensi udara yang diambil daripada beberapa tuner VIP lain.

Profail sporty LM kelihatan semakin sporty apabila cermin belakang digelapkan sepenuhnya.

Adakah Lexus Malaysia akan membawa masuk model ini? Rasanya ramai yang tunggu ni..

Google ads
Back to top button