Buletin

7 BUTIR BOM DITEMUI DI TAPAK KILANG GIGAFACTORY TESLA SELAMAT DILETUPKAN

Pihak berkuasa Jerman telah selamat memusnahkan tujuh butir bom peninggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui oleh pekerja ketika membersihkan sebuah tapak pembinaan kilang milik Tesla.

Bom yang dikatakan bersaiz kecil itu dijatuhkan oleh tentera udara Amerika Syarikat ketika perang meletus.  

Tapak itu bakal menjadi lokasi Gigafactory yang pertama di Eropah dan keempatnya di pinggir bandar Berlin, biarpun mendapat bantahan keras daripada penduduk yang bimbang terhadap kesan alam sekitar. Terutama dari segi bekalan air minuman dan pembuangan air terawat.  

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memberitahu kilang berkenaan akan membuka peluang pekerjaan. Lagipun kawasan itu bukanlah hutan semula jadi, sebaliknya pokok di sana ditanam untuk menghasilkan kad bod dan hanya sebahagian kecil digunakan untuk membina Gigafactory 4.  

“Giga Berlin semestinya dibina tanpa mengabaikan aspek kelestarian dan alam sekitar,” kata Musk. 

Kilang yang memiliki kapasiti pengeluaran 500,000 unit kenderaan setahun. Model pertama yang akan dikeluarkan di sana ialah SUV model Y dan sedan Model 3. 

Penemuan bom yang tidak meletup merupakan perkara biasa di Jerman. Terbaharu, bom yang hampir sama ditemui di kawasan Cologne dan pakar akan meletupkannya secara selamat. 

Tags
Google ads
Back to top button