
JMS 2023: MAZDA DEDAH MODEL KONSEP ICONIC SP – ENJIN ROTARY HIBRID, JANA 365HP
Mazda hari ini mendedahkan model konsep di Japan Mobility Show 2023 iaitu Mazda Iconic SP dengan ciri baharu dan dikuasakan oleh enjin rotary.
Menurut Mazda, Mazda MX-5 adalah antara model syarikat yang paling terkenal dan digemari tetapi dengan segmen elektrik mula menguasai pasaran masa kini, konsep Mazda Iconic SP baharu memberikan gambaran tentang masa depan Mazda.
Walaupun model konsep ini membuatkan kita teringat tentang FD RX-7 yang legenda, tetapi sebenarnya ia memberikan gambaran tentang perkembangan Miata.

Melalui Iconic SP, Mazda menyasarkan untuk mencipta sebuah kereta sport yang menarik dan kompak.
Tambah Mazda, Iconic SP bukan sahaja sesuai digunakan di litar lumba tetapi juga selesa dinikmati atas jalan raya untuk penggunaan harian, menjadikan ia lebih mengujakan.
Spesifikasi Mazda Iconic SP adalah seperti berikut:
- Panjang: 4,180mm
- Lebar: 1,850mm
- Ketinggian: 1,150mm
- Jarak roda: 2,590mm
- Berat: 1,450kg
Beralih kepada kuasa, Mazda Iconic SP versi konsep menggunakan “two-rotor rotary EV system” di mana ia juga boleh bergerak dalam mod elektrik sepenuhnya dan berupaya menghasilkan 365hp.
Mazda bagaimanapun belum lagi menyatakan berapa besar pek bateri kereta konsep itu, mahupun berapa banyak motor elektrik yang digunakan oleh sistem hibrid.
GALERI:













