Artikel Pilihan

MAZDA CX-5 2026, TERIMA INSPIRASI MIATA

Mazda CX-5 sentiasa dianggap antara SUV crossover yang paling menarik untuk dipandu dalam kelasnya. Namun bagi model 2026, walaupun saiznya kini lebih besar daripada sebelum ini, versi baru ini ternyata lebih mantap dan terkawal berbanding model yang digantikannya.

Ini bukan semata-mata “magik Mazda”. Pengeluar kereta Jepun ini berjaya mengekalkan ciri pemanduan khas CX-5 dengan melabur pada rekaan damper baharu yang lebih mahal, digabungkan dengan tetapan suspensi yang diilhamkan daripada MX-5 Miata.

Mempertahankan Karakter Asli, Tetapi Menjadikannya Lebih Baik

Menurut Ruben Archilla iaitu Pengurus Kanan R&D Mazda, perubahan ini bukan untuk mengubah karakter CX-5, tetapi hanya untuk menjadikannya lebih baik. Graf damping curve juga direka menjadi kurang progresif berbanding rekaan sebelumnya. Ini bermaksud lebih redaman pada pergerakan awal dan kurang redaman pada kelajuan piston yang lebih tinggi.

Mazda turut “mengubah hubungan” antara spring dan damper. Model CX-5 baru kini menggunakan spring yang lebih lembut tetapi penyerap hentak yang lebih tegas, satu konsep yang dipinjam dari Mazda Miata yang terkenal dengan frekuensi redaman paling rendah dalam barisan Mazda.

Menurut Archilla, kadar spring kini jauh lebih rendah daripada sebelum ini akan membenarkan suspensi menyerap banyak ketidaksempurnaan permukaan jalan dan menjadikan pemanduan lebih selesa dan lebih lembut.

Namun pada masa yang sama, kuasa redaman ditingkatkan, terutamanya pada pergerakan kecil ini membantu mengawal postur badan kereta dan pergerakan badan yang utama dengan lebih baik. Selain itu, Mazda juga meningkatkan rasa stereng CX-5 dengan menambah maklum balas analog yang lebih nyata.

Pengeluar itu juga menyempurnakan sistem G-Vectoring Control generasi baru untuk CX-5. Sistem ini akan mengurangkan tork enjin untuk memindahkan beban ke tayar depan apabila pemandu mula membelok, memberikan lebih cengkaman dan respon pada tayar hadapan, seterusnya lebih banyak daya dihantar kembali melalui stereng ke pemandu.

Satu lagi perkara baru pada CX-5 2026 ialah ia sedikit melakukan pra-tekanan pada torque coupling sistem pacuan semua roda (AWD). Ini cuba membuat tayar depan dan belakang berpusing pada kadar yang sama, menjadikan kereta lebih cenderung untuk kekal dalam garisan lurus.

Daya inilah yang menghasilkan lebih banyak tenaga melalui stereng, disertai dengan bantuan stereng elektrik, yang mengukuhkan lagi rasa stereng secara keseluruhan.

Menurut Archilla, CX-5 kini mempunyai lebih banyak maklum balas sentuhan (tactile feedback), lebih banyak maklum balas analogue, dan usaha stereng yang lebih ringan, yang secara keseluruhannya menjadikan kereta lebih mudah dan menyeronokkan untuk dipandu.

Google ads
Back to top button