Motosikal

RASMI: AVETA VANGUARD 250 TERIMA 10 NAIK TARAF SIGNIFIKAN – RM16,688

Menyedari permintaan terhadap Vanguard 250 semakin meningkat, Aveta Motor Malaysia telah menaik taraf skuter maxi 250cc itu bagi tahun 2026. 

Menariknya, ketika pengeluar lain hanya memperkenalkan warna baharu, Aveta mengambil pendekatan berbeza apabila melancarkan naik taraf besar pada model popular, Vanguard 250. 

Bagi tahun 2026, Vanguard 250 kini hadir dengan 10 naik taraf baharu yang merangkumi:

  • meter TFT 7-inci
  • penghadang angin boleh laras secara elektronik
  • butang kawalan baharu
  • pelindung ekzos baharu
  • pelindung enjin baharu
  • tempat pemijak pembonceng baharu
  • ruang letak barang yang lebih luas
  • tempat duduk baharu
  • penyerap hentak belakang boleh laras
  • ABS dan traction control boleh dipadamkan

Dalam pada itu, Vanguard 250 baharu ini juga hadir dengan dua warna baharu, Nano Green dan Desert Bronze dengan masing-masing ditawarkan pada harga RM16,688

Menurut Aveta, model terbaru ini akan tiba di pasaran bermula Mac 2026. 

GALERI: AVETA VANGUARD 250

Google ads
Back to top button