Artikel Pilihan

BMW PANGGIL SEMULA 59K UNIT 5 SERIES & 7 SERIES DI US. RISIKO TERBAKAR

Pengeluar kereta Jerman iaitu BMW sedang menjalankan kempen panggilan semula (recall) terhadap lebih kurang 58,713 unit kenderaan di Amerika Syarikat. Ia melibatkan model-model 5 Series dan 7 Series yang mempunyai wayar sistem pendingin udara (HVAC) yang berpotensi mengalami kerosakan dan mungkin menyebabkan litar pintas.

Masalah ini boleh berlaku semasa penukaran penapis udara kabin dibuat dan sebagai langkah keselamatan penjual sah BMW akan memeriksa sistem wayar tersebut untuk sebarang tanda kerosakan. Jika wayar itu selamat, mereka akan memasang tali pengikat khas (retaining strap) tanpa caj kepada pelanggan.

Jika wayar rosak ia akan diganti sepenuhnya tanpa caj tambahan dan penjual juga akan memasang tali pengikat untuk langkah pencegahan tambahan. Notis kepada pengedar telah dibuat pada 19 Februari 2026, dan pemberitahuan kepada pemilik kenderaan dijadualkan pada 13 April 2026.

Model-model lama yang terlibat termasuklah varian 7 Series dan i7 yang dihasilkan dari 4 Julai 2022 manakala model terbaru termasuk 5 Series, M5 dan i5 yang dihasilkan sehingga 9 April 2025. Semua ini berasal dari kilang pemasangan BMW di Dingolfing, Jerman.

Menurut dokumen rasmi dari National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), isu ini mula disiasat sejak Mac 2025 selepas beberapa kejadian kemalangan dilaporkan secara berasingan, termasuk kejadian pemanasan luar biasa. Walaupun BMW sudah pun melancarkan tindakan servis pada Julai 2025, akhirnya mereka memilih untuk melakukan recall secara sukarela.

Salah satu sebab BMW melakukan proses panggil semula ialah kerana sebuah bengkel bebas terlupa memasang tali pengikat dan bracket yang diperlukan selepas menukar penapis udara kabin semasa servis biasa, yang meningkatkan risiko wayar itu rosak.

Antara model yang turut terlibat ialah M5 Sedan dan M5 Touring, yang direkodkan sebagai model tahun 2025 dan 2026, dengan enjin V8 berkembar turbo yang generasi baharu

Google ads
Back to top button