Buletin

MAZDA MX-30 EV, DENGAN ENJIN ROTARI UNTUK PASARAN AMERIKA

Mazda MX-30 merupakan sebuah crossover berkuasa elektrik yang diasaskan daripada Mazda CX-30 yang berkuasa petrol. Secara relatifnya kedua-dua model ini diasaskan daripada sedan Mazda 3 namun dengan jarak kelegaan dari permukaan jalan yang lebih tinggi. MX-30 tampil dengan bukaan pintu sama seperti Mazda RX-8

Dengan bateri 35.5kWh, MX-30 hanya mampu bergerak sejauh 209 km sahaja untuk satu pengecasan penuh dengan alasan, jika melebihi jarak 209km ini pelepasan karbon dioksida ke udara adalah sama seperti enjin petrol. Motor elektrik yang dibekalkan mampu menghasilkan 141 kuasa kuda dan 264Nm tork.

“Mazda telah melancarkan MX-30 di Eropah dan kami akan MX-30 akan dijual di Amerika dengan pilihan enjin sebagai range extender. Tarikh pelancaran masih belum ditetapkan lagi” menurut Presiden Mazda Amerika Jeff Guyton. Dengan jarak perjalanan dan pemanduan yang lebih jauh, pilihan sistem EV dengan enjin rotari sebagai range extender adalah pilihan yang tepat

Beberapa maklumat dan sumber tambahan mengesahkan Mazda MX-30 akan dipasarkan di Amerika dengan 2 pilihan kuasa samaada elektrik sepenuhnya atau plug-in hybrid dengan enjin rotari. Enjin rotari ini akan bertindak dengan mengecas bateri sistem dimana bateri ini akan menggerakkan motor dan juga tayar

Kaedah ini adalah lebih selamat dengan enjin rotari akan berfungsi pada satu tetapan RPM sahaja dimana pengeluaran asap dan gas karbon dioksida berada pada tahap paling minima dan penggunaan petrol adalah sangat minimum. Siapa kata enjin rotari tiada masa depan?

Google ads
Back to top button