Artikel PilihanBuletin

MAZDA RX500, MODEL KONSEP PALING GEMPAK PADA TAHUN 1971

Satu ketika dulu 5 orang staf Mazda di Hiroshima telah berpakat untuk mereka dan menghasilkan satu model konsep kereta Mazda dengan enjin rotari dengan konfigurasi MR (Middle Engine, Rear Wheel Drive). Model ini dihasilkan bagi mencabar Ferrari, Lamborghini dan Maserati.

1. Dengan rekaan yang diilhamkan dari rekaan klasik supercar dan kapal angkasa, model yang dinamkan sebagai RX500 ini merupakan model paling inovatif yang pernah dihasilkan oleh Mazda pada tahun 1970

2. Projek ini merupakan projek sukarela Mazda yang diketuai oleh pereka Mazda, Shigenori Fukuda selepas habis waktu bekerja. Ini bermakna mereka tidak dapat membuat tuntutan kerja lebih masa, namun dibuat atas dasar minat. Dari 5 rekaan yang diilhamkan, rekaan Fukuda yang berasaskan wagon dipilih kerana memiliki pekali geseran paling rendah.

3. Model tanah liat dihasilkan pada bulan Januari 1969 dan 2 tahun kemudian model konsep RX500 ini dipamerkan di Tokyo Motor Show 1971. RX500 ini menjadi model konsep yang paling disukai selain model Toyota EX7, Nissan 270X, dan Isuzu Bellet 1600MX

4. Dari jauh, rekaan depan RX500 kelihatan seperti Lamborghini Miura manakala di bahagian belakang pula rekaan bentuk wagon direka seperti sebuah kapal angkasa. Nampak pelik tapi terlalu futuristik untuk tahun 1971.

Lampu belakang akan berubah warna mengikut kelajuan kereta seperti memecut, dipandu santai atau sedang membrek. Fukuda mengakui rekaan RX500 ini sebenarnya diilhamkan dari filem 2001: A Space Odyssey.

5. Antara rekaan inovatif pada RX500 termasuklah rongga kemasukan udara yang dipasang di bawah cermin sisi, 2 pintu gullwing untuk pemandu dan penumpang serta 2 pintu gullwing untuk akses kepada ruang enjin di bahagian belakang.

6. RX500 dikuasakan dengan enjin 1000cc 2 rotor yang mampu berputar sehingga 15,000 RPM bagi menghasilkan 247 kuasa kuda. Walaupun nampak kuasa yang dihasilkan oleh enjin 10A ini nampak rendah, tapi berat kereta hanyalah 850kg sahaja menjadikan power to weight ratio yang sangat ideal.

7. Populariti RX500 menjadikan ia dipilih oleh pembuat mainan dari British iaitu Matchbox menghasilkan RX500 dalam siri Superfast keluaran mereka dan dijual pada tahun 1971, dihasilkan semula pada tahun 1975, 1978 dan akhir sekali pada tahun 1985

8. Namun malang bagi versi sebenar prototaip RX500 kerana ia tidak dapat memasuki fasa pengeluaran disebabkan krisis bahan api 1973, ia tidak cukup efisyen untuk dihasilkan. RX500 hanya dibawa untuk pameran di seluruh pusat jualan Mazda, dicat semula dengan warna perak, dibaikpulih semula dan doamerkan di Muzium Pengangkutan Numaji

Google ads
Back to top button