Artikel Pilihan

HIDUP ANDA SEMAKIN MEMBOSANKAN? DENGARKANLAH ALUNAN ENJIN FORMULA SATU V10 INI

Awal minggu ini, presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem menyatakan bahawa F1 patut menimbang untuk menggunakan kembali enjin V10. Ini kerana mereka selepas ini akan menggunakan bahan api sintetik sepenuhnya. Memang kami setuju sangatlah. Ke ada yang tak setuju sebab nak selamatkan alam sekitar? Macam tu baik tak payah ada perlumbaan terus. Main games je lah.

Era F1 dengan enjin V10 memang pernah menyaksikan alunan enjin dan ekzos paling sedap pernah didengar. Tak percaya? Cuba mainkan pautan video kat bawah. Kalau tak suka tu memang korang jenis pakai R15 dengan ekzos kompang la.

Jentera yang dipaparkan dalam video ialah kereta lumba F1 Ferrari F310B dan telah digunakan oleh Michael Schumacher dalam beberapa perlumbaan sekitar tahun 1997. Pemiliknya kini tidak suka melihat kereta ini kaku dalam ruang pameran dan telah membawanya beraksi dalam perlumbaaN BOSS GP. Inilah medan orang-orang kaya memandu dan menayangkan jentera-jentera hebat mereka.

Rakaman ini dihasilkan oleh saluran Youtube ALwinSV dan aksi F310B ini dirakam di TT Circuit Assen. Pemandu ialah pemiliknya sendiri, Erich Zech yang berusia 80 tahun. Ya 80 tahun tuan-tuan.

Fuh, tengoklah sendiri pecutan berapi enjin V10 yang dipacu sehingga 16,000 rpm. Menggelegak rasa saluran darah abang dik.

Google ads
Back to top button