
Buletin
BRC 2025 – WILLIAM CREIGHTON MUNCUL JUARA PERLUMBAAN PERTAMA MUSIM INI
Perlumbaan sulung Probite British Rally Championship 2025 telah pun berlangsung hujung minggu lalu di East Riding Stages Rally dengan dimenangi oleh pelumba William Creighton dan Juruarah Liam Regan. Jom kita baca apa yang menarik tentang perlumbaan sulung BRC musim ini.

- Musim ini menyaksikan ketiadaan kelibat penyandang juara Probite British Rally Championship musim lalu Chris Ingram yang memutuskan untuk tidak lagi mempertahankan kejuaraan BRC yang dimenanginya bersama pasukan Castrol MEM Rally Team. Pun begitu katanya beliau masih lagi akan kembali bersama pasukan Castrol MEM untuk acara perlumbaan tertentu di UK dan juga Ireland.
- Maka tempat kosong Chris Ingram sebagai pemandu telah diisi oleh pelumba dari Ireland William Creighton untuk memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 bersama rakan sepasukan Meirion Evans.
- Gandingan duo ini dilihat cukup ideal untuk pasukan Castrol MEM mempertahankan kejuaraan berpasukan untuk BRC yang dimenangi mereka musim lalu. Untuk rekod, William Creighton 26 tahun bukanlah pelumba biasa – biasa apabila beliau adalah naib juara BRC musim lalu dengan hanya ketinggalan 17 mata sahaja di hadapan Chris Ingram musim lalu.

- Ternyata William Creighton tidak menghampakan pasukannya apabila berjaya muncul juara perlumbaan sulung untuk kalendar BRC musim ini di East Riding Stages Rally dengan memandu pertama kali jentera Toyota GR Yaris Rally2.
- Terbukti apabila William Creighton mendominasi perlumbaan dengan memenangi tujuh daripada 10 peringkat yang dipertandingkan dengan menggunakan tayar Michelin berjaya mencatatkan kelebihan 23 saat di hadapan Keith Cronin.
- Keputusan podium kedua oleh Keith Cronin ini dilihat agak baik memandangkan beliau juga telah bertukar pasukan dan jentera. Musim ini Keith Cronin berpindah ke pasukan Race & Rally Citroen C3 Rally Team dengan memandu Citroen C3 Rally2.
- Keputusan yang diraih Keith Cronin ini dilihat cukup baik setelah beberapa tahun memandu jentera Ford Fiesta Rally2 dan pastinya keputusan yang lebih baik akan diraih pada masa akan datang untuk bekas juara BRC sebanyak empat kali ini.

- Tempat ketiga keseluruhan diraih pelumba James William dengan memandu jentera Hyundai i20 N Rally2 dengan dilengkapi tayar MRF.
- Saingan BRC musim ini juga semakin meriah dan sengit dengan kehadiran pasukan baharu yang ditubuhkan, UCRC China Rally Team. Pasukan ini mempertaruhkan pelumba Callum Black bersama jentera Ford Fiesta Rally2 dan berjaya mendapatkan tempat kelima keseluruhan.
Foto : FB BRC
BACA : BRC 2024 – CHIRS INGRAM MUNCUL JUARA BRC MUSIM 2024
BACA : BRC 2024 – KEITH CRONIN MUNCUL JUARA PERLUMBAAN KETIGA DI JIM CLARK RALLY


