
PANDU JAUH, JIMAT MAKSIMUM: GWM HAVAL H6 HEV CATAT 1,204KM DENGAN SATU TANGKI PENUH
Great Wall Motor (GWM) Malaysia terus mengukuhkan reputasinya dalam segmen SUV hibrid apabila HAVAL H6 HEV membuktikan keupayaannya dengan mencatat jarak luar biasa sejauh 1,204 kilometer hanya dengan satu tangki penuh bahan api.
Kejayaan ini direkodkan dalam cabaran ‘GWM HAVAL H6 HEV Fuel Efficiency Challenge: Drive Further, Win Bigger’ yang berlangsung baru-baru ini.
Gelaran juara telah dimenangi oleh Koh Hui Min dari Kelantan yang berjaya mencapai jarak pemanduan tertinggi, sekaligus membuktikan teknologi hibrid canggih diterapkan dalam SUV ini.

Berikut adalah senarai enam pemenang utama dan pencapaian mereka:
- Koh Hui Min – 1,204 km
- Lee Keat Teng – 1,127 km
- Hasif Radzi – 1,120 km
- Teh Harn Jian – 1,102 km
- Tan Cheng Yang – 1,101 km
- Mohd Syarizal bin Mohd Noor – 1,077 km
Cabaran ini berlangsung dari 20 Januari hingga 9 Februari 2025, membolehkan pemilik HAVAL H6 HEV menguji kecekapan bahan api kenderaan mereka dalam situasi pemanduan sebenar.
Hasil yang dicatat mengesahkan bahawa SUV ini bukan sahaja mampu menawarkan prestasi tinggi, tetapi juga memberikan penjimatan bahan api yang ketara.
Sejak pelancarannya pada Oktober 2024, GWM HAVAL H6 HEV semakin mendapat tempat di kalangan pengguna Malaysia yang mencari SUV yang berteknologi tinggi, luas, dan menawarkan pengalaman pemanduan yang dinamik.

Dilengkapi dengan teknologi ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT), model ini menggabungkan kuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan motor elektrik, menghasilkan output gabungan 243PS dan tork 530Nm.
Dengan kecekapan bahan api sekitar 5.8L/100km, ia berupaya mencapai jarak melebihi 1,000 km dengan satu isian penuh.
Dalam keadaan harga bahan api semakin meningkat dan rasionalisasi subsidi RON95 yang bakal dilaksanakan, HAVAL H6 HEV menjadi pilihan bijak bagi mereka yang mengutamakan kecekapan bahan api tanpa mengorbankan prestasi.
Bagi mereka yang terlepas peluang menyertai pusingan pertama, cabaran ini kini diteruskan dengan pusingan kedua yang berlangsung dari 17 Februari hingga 9 Mac 2025.
Enam pemenang utama akan menerima ganjaran berupa kad petrol bernilai RM1 untuk setiap kilometer yang mereka capai.
Para pemilik HAVAL H6 HEV yang berminat boleh mendaftarkan penyertaan mereka melalui pautan berikut: https://forms.gle/TZM6QxHE9verxPVs5
- BACA: TESLA PERKENAL STESEN PENGECASAN V4 SUPERCHARGER DI THE GARDENS MALL
- BACA: BRC 2025 – WILLIAM CREIGHTON MUNCUL JUARA PERLUMBAAN PERTAMA MUSIM INI
- BACA: HIDUP ANDA SEMAKIN MEMBOSANKAN? DENGARKANLAH ALUNAN ENJIN FORMULA SATU V10 INI
- BACA: HYUNDAI IONIQ 9 BAKAL MASUK PASARAN INDONESIA – MODEL EV PREMIUM DENGAN JARAK GERAK 620KM








