Modifikasi

MERCEDES X-CLASS 6X6. HANYA ADA 1 UNIT SAHAJA DI DUNIA

Kalau anda ingat beberapa tahun lepas Mercedes membuat satu percubaan berani dengan memperkenalkan satu pikap mewah yang diberi nama Mercedes X-Class. Cesi X-Class dipinjam daripada Nissan Navara namun bahagian dalaman serta rekaan luar dan dalam adalah eksklusif seperti Mercedes.

Namun X-Class gagal mendapat permintaan yang tinggi dan selepas beberapa tahun dipasarkan pengeluarannya dihentikan sepenuhnya. Namun ia tidak menghalang peminat untuk menala sebuah Mercedes X-Class mengikut citarasa mereka dengan dan dinamakan Mercedes Benz X-Class 6×6.

Pikap Mercedes Benz X-Class ini sebenarnya adalah dari varian X 350d dengan enjin 3000cc turbodiesel V6 yang menghasilkan 254 kuasa kuda. Pemilik asal kereta ini mendapat bantuan Carlex Design untuk membina subframe custom, menambah satu gandar serta meninggikan cesi sebanyak 4 inci

X-Class ini kemudian dipasang dengan tayar off-road dan wheel arch yang lebih agresif bagi menghasilkan rekaan yang nampak mafia. Bedliner di bahagian belakang menggunakan logam tahan karat yang boleh memuatkan pelbagai barangan. Namun di bahagian dalam, rekaan asal X-Class yang ekslusif dikekalkan

Ciri seperti unit kawalan sistem infohibur rekaan Mercedes juga dikekalkan oleh pemilik asal. Enjin asal V6 ini dikekalkan tanpa sebarang modifikasi. Mercedes X-Class 6×6 ini kemudian dalam satu lelongan awam namun harga jualannya tidak didedahkan kepada umum

Google ads
Back to top button