Modifikasi

DAIHATSU COPEN KUNING BUAT ABAM PENING

Barangkali inilah dia model convertible yang paling murah dan mampu milik di seluruh dunia. Dua pintu, enjin kecil, saiz kompak ngam – ngam untuk dua orang naik sambil hirup angin petang di tepi pantai. Tapi masalahnya harga Daihatsu Copen ini tidaklah murah mana di pasaran kita.

Sedikit sejarah untuk diimbas, Daihatsu Copen generasi pertama telah diperkenalkan di pasaran Jepun buat pertama kali pada tahun 2002 dan bertahan sehingga ke tahun 2012 tempoh produksinya sebagai sebuah model kei car di Jepun. Sebagai sebuah kei car, sudah tentu penggunaan enjin 660 JB-DET yang dilengkapi turbo cukup sesuai untuk keperluan masyarakat Jepun ketika itu.

Tahukah anda bahawa Daihatsu Copen generasi pertama (model tahun 2002 – 2005) tidak pernah dibina dengan pemanduan sebelah kiri tetapi turut dibawa dijual di pasaran Eropah. Atas keperluan dan permintaan, maka wujud jugalah model ini untuk pemanduan sebelah kiri tetapi dengan penggunaan enjin 1.3 liter.

Jadi sebelum terlajak jauh, marilah kembali ke pangkal cerita akan model Daihatsu Copen berwarna kuning yang membuatkan kita mungkin merasa pening. Khabarnya, ini adalah merupakan model Daihatsu Copen 10th Anniversary Edition. Ada beberapa kemasan penting bagi meraikan ulang tahun ke 10 model ini seperti gril chrome baharu, rim BBS bersaiz 15 inci dan tempat duduk kulit.

Namun sebagai peminat modifikasi, pemiliknya mahukan sesuatu yang lebih untuk model convertible yang asalnya kelihatan sangat comel dan tidaklah garang.

Jelas ketara pemilik telah menggantikan bampar hadapan asal yang kelihatan agak comel itu kepada bampar NRF yang jauh lebih garang dan rendah. Lengkap dengan lampu sorot di bahagian kiri kanan serta laluan udara untuk disedut ke bahagian ruangan enjin.

Skirting sisi juga dari NRF juga berpenampilan lebih garang dan membuatkan Daihatsu Copen ini lebih rendah. Bampar belakang turut menggunapakai NRF begitu juga dengan Wing dari jenama yang serupa. Memang garang segarangnya. Set sistem ekzos daripada HKS Silent Power.

Menggantikan rodal asal adalah rim lejen Rays Volk TE37 bersaiz 14 inci. Terus nampak lagi hensem kan? Bahagian dalaman pemilik turut menggunakan tempat duduk Recaro SR6.

Pada ruangan enjin pemilik telah menggunakan beberapa jenama HKS untuk Open Pod, Oil Cooler Enjin dan juga HQV. Sistem suspensi turut menggunapakai HKS Hipermax serta bar dari DSport untuk bahagian hadapan dan belakang.

BACA : DAIHATSU COPEN. PERDOUA – KAMI MAHU YANG INI

BACA : LIBERTY WALK TUKAR DAIHATSU COPEN JADI NISSAN GT-R

Google ads

B K

Back to top button