Modifikasi

TOYOTA VELLFIRE 130 DESIGN DARI ROHAN IZAWA ART DESIGN

Sekali imbas Toyota Vellfire yang dipaparkan ini nampak macam sebuah MPV mewah yang biasa – biasa aja di pandangan mata kasar kita. Apatah lagi Toyota Vellfire di tempat kita ini seumpama van Liteace dia punya bersepah hatta generasi keempat pun cukup mudah dilihat.

Lantas apa yang menarik tentang Toyota Vellfire yang dipaparkan sewaktu Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2024 baru baru ini?

MPV mahal ini dimiliki oleh Rohan Izawa Art Design yang diusahakan oleh En. Takahiko Izawa. Rohan Izawa Art Design ini cukup terkenal dengan keupayaan meng-kustom-kan cat dengan pelbagai rupa dan gaya.

Kehandalan teknik mengecat yang tinggi dan unik serta kerja – kerja penghasilkan kit badan sememangnya menjadi kepakaran buat Rohan Izawa Art Design yang berpengkalan di bandar Kashihara, Jepun. Dan ini diantara hasil karya agung mereka yang terkini dihasilkan.

Penampilan luaran Toyota Vellfire ini kini telah dilengkapi dengan kit badan merangkumi bahagian hadapan, sisi dan juga belakang daripada bahan FRP (fiber-reinforced polymer).

Jikalau dilihat pandangan mata kasar, kita mudah untuk melihat betapa kerendahan diri yang dimiliki oleh Toyota Vellfire ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Terima kasih kepada sistem suspensi udara daripada Ideal Air Suspension.

Jikalau rim standard Toyota Vellfire bersaiz 19 inci pun sudah kelihatan besar, Rohan Izawa Art Design telah memilih untuk memadankan rim bersaiz 21 inci daripada Works Sport yang dibalut dengan tayar Yokohama Apex ukuran 245/40/21 di hadapan dan belakang.

Enjin asal bersesaran 2400cc turbo masih lagi dikekalkan tanpa sebarang pengubahsuaian terhadap enjin yang mampu menghasilkan kuasa 275 HP dan 430 Nm.

Cuma sedikit sentuhan bahagian kabin adalah balutan kulit Nappa serta menggunakan jahitan berwarna Gold untuk kontra.

Lantas, apa yang menarik lagi tentang MPV ini sebenarnya?

Apabila mendekati terutamanya bahagian bonet hadapan, terdapat hasil seni kemasan air brush yang melatari warna hitam di atasnya. Hasil seni yang serupa juga terdapat pada pilar B dan C dan juga penutup tangki petrol. Menarik bukan?

BACA : TOYOTA VELLFIRE 2024, MURAH 100K TAPI LAGI BERBALOI?

BACA : TOYOTA VELLFIRE SERBA BAHARU KINI DI MALAYSIA

Google ads

B K

Back to top button