TOYOTA GR YARIS 1.6 TURBO, 740 KUASA KUDA DENGAN TURBO BESAR
Satu syarikat penalaan khas di Australia berjaya menghasilkan sebuah Toyota GR Yaris dengan kuasa sebesar 740 kuasa kuda, iaitu hampir 3 kali ganda kuasa yang dihasilkan oleh kereta sport ini ketika keluar daripada kilang Toyota
Powertune Australia telah mengeluarkan satu gambar rasmi keputusan ujian kuasa dyno pada Jumaat lepas di laman sosial Facebook yang menunjukkan kuasa maksima yang dijana oleh Toyota GR Yaris mencecah 740.9 kuasa kuda.
Gambar tersebut diikuti dengan satu keterangan ringkas” enjin 3 silinder 1600cc ini memang satu senjata yang ampuh di litar, dan ini adalah masa yang sesuai untuk ujian perlumbaan drag di litar dengan 740.9 kuasa kuda ini”.
Powertune iaitu syarikat talaan khas yang menghasilkan Toyota GR Yaris ini berkata, mereka hanya menukar unit turbo asal kepada unit Turbo Garret G30-770 58mm, gasket enjin yang lebih kuat, head stud dan juga unit intercooler yang lebih besar.
Bagi memenuhi keperluan bahan api yang semakin besar, unit penyuntik bahan api asal ditukar kepada yang lebih besar dan juga pam bahan api yang lebih berkuasa. Sistem kawalan elektronik pula diserah kepada unit ECU daripada MoTec.
Apa yang lebih menakjubkan ialah kebanyakan komponen enjin adalah unit asal seperti rod penyambung, aci engkol, dan piston dikekalkan sepenuhnya. Powertune Australia mengatakan berdasarkan pengalaman mereka dalam industri penalaan dan juga pengukuran, komponen enjin asal mampu bertahan sehingga 740.9 kuasa kuda tanpa masalah
Transmisi manual 6 kelajuan telah ditukar kepada X-Shift Sequential Transmission bagi pecutan yang lebih baik di jalan lurus. Buat masa ini tiada data pecutan 0-100km/jam dicatatkan namun kami pasti dalam sedikit masa lagi Toyota GR Yaris ini mam