VIDEO: BAGAIMANA ENJIN SUPRA 2JZ BOLEH HASILKAN SEHINGGA 1000 KUASA KUDA
Enjin 2JZ merupakan salah satu enjin yang menjadi lagenda yang dihasilkan oleh Toyota sewaktu zaman kegemilangan kereta sport era tahun 1990an selain daripada enjin Mitsubishi 4G63T dan enjin Nissan RB26DETT. Namun enjin ini terpaksa memberi laluan kepada penghasilan enjin yang lebih cekap tenaga serta kekangan ekenomi yang menguncup menyaksikan enjin ini tidak lagi digunakan
Salah seorang peminat enjin 2JZ ialah Mike disebabkan enjin ini menggunakan kaedah penghasilan cast iron dalam membina blok enjin. Faktor ini membuatkan enjin 2JZ boleh bertahan dalam keadaan ekstrim bagi menjana 1000 kuasa kuda
Dalam video di bawah, Mike membincangkan beberapa komponen yang akan digantikan dalam kepala silinder serta proses port and polish dalam kepala silinder bagi melancarkan lagi pergerakan gas/udara bagi menghasilkan kuasa dengan tekanan boost yang rendah. Injap dari jenama Supertech digunakan pada rongga kemasukan dan ekzos bagi tujuan melengkapkan kitaran enjin dan beroperasi dengan baik.
Aci Sesondol, valve spring dan retainer titanium dari jenama Brian Crower dipilih untuk menggantikan komponen OEM. Aci sesondol ini diputar dan dikawal dengan adjustable timing gears daripada jenama HKS dengan kemasan berwarna ungu
Untuk blok enjin pula, ia masih lagi kekal menggunakan blok enjin OEM termasuk aci engkol yang dihasilkan dengan kaedah forging. Walaupun aci engkol atau crankshaft ini berupaya menjana 1000hp, namun penggunaan kuasa maksimum yang berterusan pada 7500 RPM akan menjadikan komponen ini terdedah kepada metal fatigue dan akhirnya boleh rosak
Mike mencadangkan harmonic balancer ditambah pada crankshaft bagi mengimbangkan lagi operasi enjin terutama ketika penggunaan dalam litar perlumbaan atau melakukan drift. Lain lain proses termasuklah memperkemaskan lubang laluan minyak pelincir, micro polish dan juga magnafluxing bagi memeriksa keretakan halus pada permukaan blok enjin
Connecting rod atau conrod pula menggunakan Brian Crowers dan alas bebola besi dari jenama King Racing yang diberi rawatan semburan tembaga Nanoparticle bagi menjadikannya lebih kuat sebanyak 15%. Piston pula dipilih daripada jenama Wiseco 2618 yang dihasilkan secara forging ataupun tempaan serta digandingkan dengan menggunakan oil ring 0.8 mm low tension