Modifikasi

HONDA CIVIC EG, ENJIN DAH DIGANTIKAN DENGAN MOTOR ELEKTRIK

Bagi kebanyakan peminat dunia automotof, isu terbesar kereta elektriok ialah ia gagal menghasilkan kualiti pemanduan sama seperti kereta biasa yang lengkap dengan transmisi manual. Kebanyakan kereta elektrik direka dengan motor elektrik bersambung terus dengan roda tanpa perlu menggunakan gear

Namun bagi satu bengkel talaan khas di Thailand, ECU Shop mungkin ada penyelesaian di atas. Dalam satu video yang dihasilkan, Honda Civic EG berwarna biru yang menjadi kegilaan anak muda satu ketika dulu telah ditala sepenuhnya oleh mereka

Enjin 4 silinder B Series yang asal telah digantikan terus dengan motor elektrik yang menghasilkan 250 kuasa kuda dan 596 Nm tork. Ia adalah jauh leboh berkuasa berbanding dengan varian B16B yang menjana 150 kasa kuda dan 150Nm tork

Bateri Nickel Metal Cadmium 38kWh dipasang di bahagian belakang bersama dengan sistem penyejukan bateri, manakala 3 motor elektrik (berkuasa 60Kw) dan 3 unit inverter dipasang di ruangan enjin. Ruang enjin juga dipasang dengan sistem penyejukan khas motor elektrik serta disambungkan kepada unit transmisi AMT 5 kelajuan

Semua komponen seperti gear, CAN BUS, battery management system, sensor brek, ABS Sensor, sensor klac, inverter dan juga On Board Charger dikawal sepenuhnya oleh Vehicle Control Unit. Keseluruhan komponen dan juga bateri membuatkan berat keseluruhan kereta menjadi 1150kg, sama seperti berat asal kereta.

Ujian pemanduan oleh hos di sekitar jalan raya di Bangkok mendapati, Civic EG ini mengasilkan pecutan yang bertenaga selain penghantaran kuasa juga sangat lancar. Disebabkan berat kereta adalah sama, pengendalian dan keselesaan kereta juga tidak berubah

Apatah lagi pemandu boleh mengawal sendiri penggunaan gear bagi kereta elektrik, maka ia kekal menjadi sebuah kereta elektrik yang amat menyeronokkan. Setakat ini hanya Porsche sahaja menawarkan gear dalam kereta elektrik dan ia terhad kepada 2 gear sahaja

Google ads
Back to top button