Modifikasi

FORD PERFORMANCE TAWARKAN KIT SUPERCHARGER, KALAH SUPERCAR

Ford Performance telah mengumumkan kit naiktaraf supercharger bagi model Ford Mustang 2024, berupaya meningkatkan kuasa enjin dari keadaan asal 480 kuasa kuda kepada 800 kuasa kuda. Dengan gandingan enjin V8 ini, Mustang 2024 berupaya menghasilkan kuasa melebii McLaren 750S.

Kit supercharger ini adalah daripada varian 3.0 liter generasi ke 6 Whipple Twin Screw Suprcharger dengan beberapa pembaharuan terbaru. Superchargery ini datang unit heat exchanger yang lebih besar, pam intercooler aliran tinggi, billet high-flow fuel rails, throttle body 92mm, dual air intake system bersaiz 120mm, dual beam fuel injector, dan dual high-flow fuel filters

Ford Performance turut menawarkan jaminan, dengan syarat ia mestilah dipasang di cawangan Ford ataupun bengkel yang ditauliahkan oleh ASE. Jaminan ini ditawarkan selama 3 tahun ataupun sehingga jarak perbatuan 58,000km sekaligus memudahkan pemilik Mustang menaiktaraf enjin mereka dengan yakin.

Untuk rekod, Ford Performance memberikan data peningkatan kuasa yang boleh dicapai ialah sekitar 800 kuasa kuda dan 610Nm tork pada 5500 RPM bagi enjin 5000cc V8. Kit supercharger ini boleh dipasang pada Mustang dengan transmisi automatik dan juga manual. Supercharger yang lebih ekstrim iaitu varian Dark Horse akan dikeluarkan mulai tahun 2024.

Google ads
Back to top button