Modifikasi

ROCKY AUTO TOYOTA 2000GT – TAHUKAH ANDA BAHAWA MODEL INI SEBENARNYA TURUT PERNAH BERLAKON DALAM FILEM JAMES BOND?

Pameran TAS KL minggu lalu sebenarnya ada sebuah model yang turut berjaya mencuri perhatian dengan penamapilannya yang putih bersih dan suci warna Pegasus White. Ianya adalah model Toyota 2000GT hasil kerja tangan Rocky Auto yang berpangkalan di Jepun.

Untuk rekod, Rocky Auto yang cukup terkenal dengan kerja – kerja restorasi dan pembinaan semula turut pernah membawa sebuah model replika Toyota 2000GT Hosoya Shihomi Grand Prix #15 ke TAS KL 2023 yang lalu. Walau bagai mana pun, model tersebut sebenarnya adalah merupakan daripada Toyota 3000GT yang menggunakan enjin bersesaran lebih besar.

Dan untuk tahun ini, Rocky Auto sekali lagi mengangkat martabat kereta sport klasik Jepun yang boleh dianggap sebagai rare, apabila menghasilkan replika sebuah model sebenar Toyota 2000GT dengan kembali menggunakan enjin yang bersesaran 2.0 liter, serupa dengan model asal tetapi kini hadir dengan pilihan versi convertible. Walau pun bersesaran lebih kecil, tetapi ianya kini lebih menyamai dengan spesifikasi model sebenar Toyota 2000GT yang kini telah pun berusia lebih daripada 50 tahun produksinya.

Untuk rekod, Toyota sebenarnay tidak pernah menawarkan varian convertible ini walau pun populariti yang diraih sebuah ketika model Toyota 2000GT kustom convertible turut pernah berlakon dalam filem James Bond 1967, You Only Live Twice bukanlah calang – calang. Turut berlakon disamping kereta Toyota 2000GT adalah aktres adalah Akiko Wakabayashi sebagai Gadis Bond ketika itu.

Rocky Auto akhirnya memilih untuk mengembalikan populariti yang sepatutnya diraih oleh model sport lagenda ini dengan menawarkan kedua – dua pilihan sport coupe dan juga convertible.

Tahukah anda bahawa Rocky Auto tidak memilih sebarang model produksi sedia ada untuk menghasilkan model – model yang lagenda sebegini tetapi sebaliknya mereka memilih untuk menghasilkan replika sendiri dengan menggunakan casis yang dibuat khas dengan menggunakan buatan tangan tenaga kerja mereka sendiri.

Tahukah anda juga bahawa model istimewa daripada Rocky Auto ini turut dilengkapi dengan stereng kuasa dan juga pendingin hawa bagi keselesaaan pemanduan seharian. Menarik bukan?

Ini bermakna, sejumlah 337 unit model Toyota 2000GT yang pernah dihasilkan oleh Toyota akan kekal berada di luar sana untuk diburu oleh para pengumpul model ini.

BACA : TOYOTA 2000GT HOSOYO SHIHOMI GRAND PRIX – JELMAAN KERETA LUMBA OLDSKOL

BACA : KHAS BUAT PEMILIK TOYOTA 2000GT – TOYOTA BUAT SEMULA ALAT GANTI TULEN

Google ads

B K

Back to top button