CALDINA GT FOUR – BUKTI MASIH WUJUD LAGI LEGASI KERETA AUTOSHOW
Peminat Majalah Kereta suatu ketika dahulu pastinya cukup meminati dan mengenali akan model sport wagon yang satu ini. Pernah menjadi idaman bapak bapak seluruh Malaya dek kerana fungsinya yang tepat sebagai sebuah kereta dan dalam masa yang sama berupaya membawa lebihan muatan di bahagian ruang belakang tanpa masalah.
Ternyata, pengenalan Toyota Caldina generasi ketiga yang mula diperkenalkan bermula tahun 2002 berjaya minat kepada peminat wagon yang mahukan sesuatu yang lebih sporty. Secara standard pun Toyota Caldina ini sudah kelihatan cukup sporty baik dipandang dari sudut hadapan hatta sudut belakang sekali pun. Bijak sungguh Shogo Tokutake dan Tetsu Endo yang telah bertanggungjawab untuk mereka bentuk Toyota Caldina ini.
Dan model Toyota Caldina yang dipaparkan ini bukanlah sembarangan. Ianya adalah merupakan versi GT – Four N Spec, yang mana Toyota telah membinanya sebagai tanda penghargaan terhadap pereka Celica GT – Four yang pertama, Hiromu Naruse.
Secara standard, model yang sedia ada ini sudah cukup laju. Peralatan standard meliputi ABS, penyerap hentak yang ditambah baik, strut bar, Torsen rear LSD, dan juga tempat duduk Recaro.
Paling penting, trenkuasa Caldina GT- Four ini dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa 2.0 liter, 3S-GTE turbo. Enjin ini secara asasnya mampu menghasilkan output maksimum 256 HP dan 324 Nm. Suatu angka yang sudah dikira berkuasa untuk sebuah model kenderaan berkeluarga sebegini.
Dan model ini telah mendapat beberapa kemasan luaran telah diberikan sedikit perubahan termasuklah pada bampar hadapan, skirting sisi, bampar belakang dan juga spoiler daripada Ducks Garden. Memang nampak lagi garang apabila dilayangkan dengan warna Candy Red. Oh ya, warna Candy Red ini juga pernah popular beberapa tahun sudah.
Agak menarik juga sebenarnya apabila masih wujud golongan yang berbudayakan stance sehingga ke hari ini. Payah nak jumpa dah tayar terkepak sekarang ini.
Memandangkan rupa ruangan enjin bay Caldina GT – Four N Spec ini terlalu menarik untuk dipamerkan, maka bonet wagon ini telah disimpan seketika. Memang tampak menarik dan warna warna ruang enjin bay dan juga penggunaan wiretuck untuk enjin bay. Memang mengimbau sungguh.
Beberapa peralatan di ruangan enjin telah menerima kerja tingkat taraf meliputi penggunaan Wiseco Forged Piston, Manley Conrod, ACL Piston Bearing, Garret AR50 Ceramic Ball Bearing serta Titanium Intercooler Piping.
Bahagian kabin tempat duduk hadapan menggunakan Recaro Tomcat, gugusan meter Defi dan juga Greedy Boost Controller. Cuma paling mengejutkan apabila terdapat juga rollcage pada ruangan kabin hadapan dan belakang.
Nah, ini kerja gila. macam mana nak bawa anak bini pergi IKEA macam ini punya gaya? Nasiblah nakkkkk!