Motosikal

MINI JUAL BASIKAL LIPAT – HARGA RM3,100 TIDAK TERMASUK AKSESORI

Basikal dilihat semakin popular untuk dijadikan mode pengangkutan terutama di bandar-bandar besar di seluruh dunia.

Disebabkan oleh pemintaan yang kian meningkat, terdapat begitu banyak jenama basikal yang disasarkan untuk kelompok pengguna berbeza.

Terbaharu, pengeluar kereta pemium kompak MINI dilapor turut mula menawarkan basikal lipat keluarannya sendiri. Ditawarkan khas menerusi laman web MINI, ia boleh dimiliki pada harga AS790 (RM3,100).

Harga itu tidak termasuk aksesori yang mungkin anda perlukan seperti lampu. Walaupun mungkin agak mahal, MINI menyatakan basikal itu dapat disimpan dengan mudah di dalam ruang kargo MINI. 

Basikal yang hanya seberat 11kg itu menggunakan roda bersaiz 20 inci. Kerangkanya disalut dengan Teflon supaya ia tidak berkarat. Penuangang boleh duduk dengan selesa di atas pelana yang dibalut kulit berwarna coklat.

Hadir dengan lapan gear, basikal itu pasti mendapat perhatian ramai apabila ditunggang apabila logo MINI Wing dilekatkan pada palang tengahnya.

Menurut MINI, mekanisma pintar yang digunakan membolehkan penunggang melipat basikal ini dalam masa beberapa saat sahaja.

Google ads
Back to top button