Buletin

SUV PHEV MITSUBISHI EUPHEME DIJUAL DI CHINA BULAN DEPAN – RM129K

Mitsubishi akan menjual model plug-in hibrid elektrik (PHEV) pertamanya di pasaran China.

PHEV tersebut dibangunkan bersama rakan niaganya, Chinese Guangzhou Automobile Group (GAC). Diberi nama Eupheme SUV tersebut mampu mencapai jarak sehingga 600km bersama pengunaan bahan api sekitar 1.8l/100km.

Dijangka mula dijual pada Mac, Eupheme menggunakan sistem hibrid yang terdiri daripada enjin petrol bersesaran 1.5 liter bersama kitaran Atkinson.

Menawarkan kuasa 95hp secara serta-merta, enjin tersebut dipadankan dengan sistem pendua elektromekanikal bersama sebuah motor elektrik berkuasa 130kW. 

Kuasa dijana oleh enjin petrol, manakala kuasa yang terhasil daripada pengecasan akan disimpan dalam pel bateri lithium-ion dengan sistem penyejukan cecair.

Mitsubishi merancang untuk menjual Eupheme di lima bush bandar dahulu iaitu Changsha, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou dan Tianjin. Ia akan ditawarkan di lebih banyak banda menjelang akhir tahun ini.

Eupheme ditawarkan pada harga AS$33,000 (RM129,000) sebelum kerajaan China memberikan subsidi. Dengan harga tersebut, Eupheme didatangkan dengan pelbagai ciri menarik seperti kluster meter digital, sistem infotainmen bersama skrin sentuh, upholsteri kulit, enam beg udara dan banyak lagi.

Mitsubishi merancang untuk menggandakan jualan kenderaan di China menjelang tahun 2019 dan lebih banyak pengedar akan dilantik. Selain Eupheme, Mitsubishi juga fokus ke atas pembangunan model pacuan empat roda dan SUV PHEV untuk pasaran China.

Google ads
Back to top button