Buletin

MITSUBISHI (GRAND) LANCER KEMBALI – MAAF, UNTUK TAIWAN SAHAJA.

Mitsubishi Motors Taiwan semalam mendedahkan teaser video awal model Lancer yang dikenali dengan nama Grand Lancer tahun 2017 untuk pasaran domestik di sana. Seperti yang disiarkan oleh laman web automotif U-Car, ia adalah model khusus untuk pasaran Taiwan sahaja.

Ia dibangunkan dengan kerjasama Mitsubishi Motors Corporation bersama rakan teknikal mereka China Motors Corporation dengan menggunakan platform asal Lancer model yang telah dihentikan pengeluarannya pada tahun ini. Kita kenalinya dengan Lancer GT/Lancer GLS atau Proton Inspira.

Walaupun menggunakan platform sediaada, model ini telah menerima hampir 90 peratus pembaharuan secara total. Ia dilengkapi dengan enjin 1.8 liter generasi baru 4J10 1.8 liter SOHC yang menghasilkan 138.7ps dan 172Nm tork. Kesemua varian dilengkapi transmisi automatik CVT.

Bahagian luarannya turut didatangkan dengan rupa baru, lebih eksekutif dan maskulin berbanding sporty pada model sebelumnya. Tiada langsung jejak yang ia berkongsi platform dengan Lancer Evo X. Gugusan lampu belakang, susunan lampu hadapan dan jeriji radiator kelihatan lebih “bold” sesuai dengan imej turun-temurun Lancer.

Bahagian dalamannya juga menerima sejumlah peralatan yang sofistikated. Bentangan meternya kini bersaiz 10.2 inci dengan paparan digital berwarna yang memaparkan pelbagai info. Papan pemuka, panel pintu, stereng, kolum tengah dan panel audio 8 inci itu juga kelihatan cukup menarik dan kami rasa, model ini patut dijadikan model global. Ia ada memang potensi.

Namun sepertimana model khas pasaran Taiwan (dan China), kebarangkalian ia ke pasaran lain adalah tipis. Lancer walaupun tidak laku sangat di negara lain tetapi ci Taiwan, China, Hong Kong dan Macau adalah pasaran penting mereka. Mitsubishi masih lagi boleh cari makan dalam pasaran segmen C di sana.

Terdahulu, Mitsubishi dilaporkan akan menamatkan pengeluaran model tertua mereka Lancer (dan Pajero). saham majoriti Mitsubishi juga telah dimiliki oleh pakatan Renault-Nissan menjadikannya lebih sukar untuk menentukan model sendiri dalam pasaran global segmen C yang semakin perlahan.

BACA: LANCER AKAN DITAMATKAN OGOS INI

BACA: RENAULT-NISSAN AMBIL ALIH MITSUBISHI

 

 

Google ads
Back to top button