
MODEL PROTOTAIP NARAN AKAN MEMBUAT KEMUNCULAN DI SALON PRIVE. COUPE EMPAT TEMPAT DUDUK BUKAN ELEKTRIK PALING LAJU
Naran Automotive akan turut memperkenalkan model prototaip hypercar mereka bersempena dengan pameran kereta Salon Prive nanti. Model prototaip tersebut terlebih dahulu diperkenalkan pada Jun yang lalu di Andermatt, Switzerland.
Akan tetapi, kehadiran secara eksklusif model Naran ini kelak di Salon Prive yang penuh dengan prestij ini pastinya akan mencuri tumpuan buat para pengunjung kelak dengan masyarakat di UK berpeluang melihatnya secara langsung depan mata.
Kenderaan sulung keluaran Naran ini pada mulanya diumumkan pada 2021 dan dibina di Jerman sebelum disiapkan di Coventry, UK. Pengasas syarikat Ameerh Naran menganggapnya sebagai gabungan sempurna bagi kenderaan berprestasi ultra tinggi dan juga sebagai sebuah objek kecantikan sejati.
Model yang akan dipamerkan kelak akan turut dihadiri daripada pasukan Naran sendiri untuk memberikan input kepada pengunjung kelak. Dengan hanya 39 unit sahaja akan dibina dengan beberapa pilihan kemasan yang tersendiri untuk dipilih buat pemiliknya kelak bagi mencipta sebuah model hyper coupe empat tempat duduk yang mewah dan unik.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Naran, Ameerh Naran berkata: “Kereta kami adalah mengenai memanjakan pemilik kami dengan kemasan dan prestasi mendalam yang tiada tandingan, menawarkan kepada mereka semua perkara yang mereka impikan untuk sebuah kenderaan, dari segi estetika, kemewahan dan pengalaman memandu.”
Model prototaip tersebut kelak mampu menghasilkan kuasa sehingga 1,000 HP daripada janaan enjin 5.0 liter twin-turbo V8 dengan keupayaan memecut dari titik pegun ke angka 100 km/j dalam tempoh masa yang cukup kompetitif. Naram mendakwa bahawa model prototaip mereka ini merupakan coupe empat tempat duduk bukan elektrik terpantas di dunia dengan jumlah tork sehingga 1035 Nm.
Untuk mereka yang memilih pek aero yang diilhamkan daripada trek perlumbaan, ianya akan dilengkapi dengan sistem suspensi boleh laras yang digunakan dalam sukan permotoran untuk meningkatkan daya tekanan. Malah ia juga akan mendapat manfaat daripada pakej aerodinamik yang menjanjikan pengalaman pemanduan gaya GT3 di jalan raya mahu pun di atas trek.
Untuk menempah bakal pemiliknya sudah boleh membuat bayaran sekitar £300,000 (RM1,707,628) dan membayar bakinya £1,700,000 (RM9,676,803) kemudian. Amacam?
BACA : HYPERCAR ELEKTRIK DENDROBIUM D-1 BUAT PENAMPILAN PERTAMA DI HADAPAN ISTANA BLENHEIM ENGLAND

