Buletin

MODENAS NINJA ZX-25RR MENDARAT DI MALAYSIA – RM36,500

Varian ‘flagship’ bagi Modenas Ninja ZX-25R akhirnya mendarat di Malaysia menerusi Ninja ZX-25RR dengan harga jualan rasmi RM36,500. 

Ninja ZX-25RR ini merupakan model yang ditunggu-tunggu peminat ‘Team Green’ sejak Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) memperkenalkan Ninja ZX-25R sekitar September tahun lalu. 

Untuk rekod, model standard Ninja ZX-25R SE yang ditawarkan di Malaysia berkongsi banyak persamaan dengan Ninja ZX-25RR namun versi ‘flagship’ itu hadir dengan monoshock Showa BFRC (Balace Free Rear Cushion) yang menawarkan perlarasan penuh termasuk ‘compression’ dan ‘rebound damping’. 

Selebihnya, Ninja ZX-25RR ini masih lagi menawarkan 46hp dan 22.9Nm yang dijana dari enjin inline-4 249.8cc DOHC. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • Kawasaki Traction Control (KTC)
  • Kawasaki Quick Shifter (KQS)
  • Assist/Slipper Clutch
  • Riding mode
  • panel meter TFT dengan fungsi Bluetooth
Google ads
Back to top button