Buletin

AUDI A3 SPORTBACK BAHARU – LEBIH BERGAYA & SPORTY

Audi AG bersedia untuk mempertaruhkan model generasi terbaharu popular mereka Audi A3 ke pasaran dengan menampilkan rekaan yang lebih bergaya dan sporty. Lama dahulu, sekitar tahun 1996 generasi pertama Audi A3 dengan rekaan hatchback telah pun membuat penampilan dengan berkongsi pelantar daripada model Volkswagen Golf Mk4.

Walau pun varian A3 telah mula diperkenalkan bermula generasi ketiga, namun Audi AG masih mengekalkan model hatchback yang cukup sinonim dengan plat nama A3 ini. Dan ini adalah merupakan Audi A3 Sportback yang kelihatan lebih sporty dan menawan.

Audi A3 Sportback ini menampilkan rekaan bahagian hadapan berbentuk Heksagon, Singleframe tanpa bingkai menampilkan struktur baharu yang nyata lebih rata dan lebih lebar. Ia mendominasi bahagian hadapan dan, sebagai tambahan kepada salur udara sisi sudut yang besar, jelas melambangkan watak sporty model Audi A3 ini.

Pada bahagian bampar hadapan juga terdapat splitter untuk menjadikannya kelihatan lebih rendah. Rekaan yang sama juga digunapakai pada bahagian bampar belakang yang turut dilengkapi dengan diffuser. Lampu utama menampilkan elemen 24-piksel yang membentuk lampu DRL dalam lampu hadapan LED serta Matrix LED kini disusun dalam tiga baris di pinggir atas perumah

Secara standard, Audi A3 ini telah didatangkan dengan ciri keselamatan yang tinggi termasuklah sistem amaran penukaran lorong dan juga pra perlanggaran. Selain itu, ciri keselesaan pemanduan juga dilengkapi seperti bantuan kawalan pemanduan adaptif yang berkemampuan untuk mengemudi pemanduan pecutan, brek dan juga stereng sehingga ke kelajuan 210 km/j.

Untuk pasaran Eropah Audi A3 ini akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa dalam dua versi enjin / transmisi. Pertama 35 TFSI1 2 dengan enjin 1.5 liter mempunyai output 110 kW (150 PS) dan boleh didapati sebagai versi automatik dengan teknologi S tronic tujuh kelajuan serta  hibrid ringan. Enjin diesel pula 35 TDI3 4 dengan 110 kW (150 PS) dan S tronik tujuh kelajuan. Kemudiannya, aka nada lagi pilihan enjin petrol dan diesel yang akan diperkenalkan termasuklah model hibrid plug-in yang akan turut ditawarkan kelak

Model hatchback yang mengancam ini akan dipasang melalui fasiliti Audi di Ingolstadt. Di Jerman, Sportback dengan 35 TFSI S tronic1 boleh didapati dengan harga bermula EUR 35,650 (RM183,483).

BACA : AUDI MALAYSIA PERKENALKAN AUDI A3 DAN A5 SPORTBACK

BACA : AUDI Q8 E-TRON DI HOP SINGAPURA. EV YANG WAJIB ADA DALAM SENARAI ANDA

Google ads

B K

Back to top button