
MOTO GUZZI V100-MANDELO TIBA DI MALAYSIA, 115HP, TAWAR AERODINAMIK ADAPTIF, HARGA BERMULA RM99K
Didi Group, pengedar rasmi Moto Guzzi, hari ini secara rasmi memperkenalkan Moto Guzzi V100 Mandello baharu.
Jentera ini adalah pertama di dunia menawarkan aerodinamik adaptif termasuk dilengkapi suspensi separa aktif, platform inersia dan quickshifter.
Selain itu, Moto Guzzi turut memperkenalkan enjin kompak baharu dan serba moden bagi memastikan Moto Guzzi V100 Mandello berada dalam prestasi terbaik.

Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran 2,125mm (panjang), 835mm (lebar), jarak roda 130mm manakala ketinggian pelana pula 815mm. Berat keseluruhan V100 Mandello baharu adalah 233kg.
Gaya sporty Moto Guzzi V100 Mandello tidak hanya fokus pada prestasi, tetapi juga kualiti casis yang kompak, mudah dikendalikan untuk memastikan ia stabil dalam apa jua jenis tunggangan.
Perincian Moto Guzzi V100 Mandello adalah seperti berikut:
- Fork USD hidraulik 41mm Kayaba
- Lengan ayun aluminium
- Skrin TFT berwarna penuh 5-inci
- Brek Brembo 320mm (hadapan)
- Angkup brek dua omboh dan rotor 280mm tunggal
- Tayar Pirelli Angel GT II
- Fork hadapan Ohlins Smart EC 2.0 USD 43mm (Mandello S)
- Penyerap hentak tunggal Ohlins Smart EC 2.0 boleh laras (Mandello S)
- Quickshifter (Mandello S)

Melalui sistem aerodinamik adaptif, ia membolehkan komponen penampan angin pada bahagian sisi tangki terbuka, bergantung kepada kelajuan dan mod tunggangan.
Tambahan, ia mampu mengurangkan tekanan pada penunggang sebanyak 22 peratus, memberi model V100 Mandello lebih perlindungan.
Untuk rekod, sistem ini adalah sebahagian daripada pakej elektronik yang menggabungkan Ride-by-Wire serta ECU 11MP Marelli.

Kedua-dua model didatangkan dengan empat mod tunggangan iaitu Tour, Rain, Road dan Sport, di mana setiap satunya menguruskan tiga jenis pemetaan berbeza, MGCM, dua tahap kawalan brek enjin, traction control (empat tahap) dan kawalan jelajah.
Untuk kuasa, Moto Guzzi V100 Mandello menampilkan enjin V-Twin ‘transverse’ 1,042cc, mampu menghasilkan 115hp dan 105Nm pada 3,500rpm. Walaupun mempunyai anjakan lebih ketara berbanding platform digunakan V85 TT, enjin V100 Mandello adalah 103mm lebih pendek.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi enam-kelajuan serta sistem pacuan Cardan.
Antara aksesori tersedia bagi V100 Mandello ialah:
- Box atas dan kotak pannier sisi
- Skrin penghadang angin
- Pelindung enjin
- Port USB
- sistem infotainmen Moto Guzzi MIA
- sistem anti-curi
V100 Mandello boleh dimiliki pada harga bermula RM99,900 sementara V100 Mandello S diberi tanda harga bermula RM117,900 dengan pilihan warna Bianco Polare atau Rosso Magma.
GALERI:







































- BACA: DIDI GROUP LANCAR MOTORPLEX BUTTERWORTH. TAWAR 4 JENAMA MOTOSIKAL PREMIUM ITALI
- BACA: DIDI AUTOMOTIVE PENGEDAR BAHARU TRIUMPH MOTORCYCLES DI MALAYSIA. BERKUAT KUASA 15 JANUARI 2023
- BACA: DIDI LANCAR MOTO GUZZI V7 STONE CENTENARIO EDITION, RM72,900 SEUNIT
- BACA: TRIUMPH MOTORCYCLES UMUM JAMINAN LANJUTAN UNTUK PELANGGAN TERJEJAS








