Motosikal

PENAPIS MINYAK MOTOSIKAL APRILIA & MOTO GUZZI HANYA RM10 – SIAPA KATA SERVIS MAHAL?

Menyelenggara motosikal Aprilia dan Moto Guzzi kini nyata lebih murah menerusi kempen terbaru yang dijalankan oleh pengedar tunggal dua jenama tersebut di Malaysia, Didi Resources.  

Kempen “Never Before” bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2019. 

Dengan purata servis motosikal enjin berkapasiti tinggi sekitar RM350 dan ke atas (termasuk alat ganti tulen, inyak semi sintetik dan kos buruh), tawaram penapis minyak RM10 itu membolehkan caj servis penuh cuma bermula RM270 sahaja.   

Selain promosi penapis minyak, Didi Resources turun menyemak semula harga alat-alat ganti penting yang lain seperti pad brek yang kini bermula RM190.90.

Sementara penapis udara pula hanya bermula RM49.90 demi membuatkan kos pemilikan jentera Aprilia dan Moto Guzzi semakin mampu milik.  

Ramai pemilik tidak sedar tentang bahawa melakukan servis motosikal di pusat servis tidak sah, tanpa peralatan, latihan dan kemudahan sewajarnya. Mereka pastinya terdedah kepada risiko terbeli barangan tiruan yang akan menjejaskan prestasi motosikal. 

Kebanyakan pelanggan mempunyai stigma bahawa menghantar motosikal ke pusat servis sah adalah mahal. Sebab itulah mereka sanggup mengambil risiko melakukan servis di bengkel luar, seterusnya membuatkan jaminan motosikal terbatal.

Jadi, objektif kempen ini adalah untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan. Selain menukar minyak, diagnostik dan pemeriksaan keselamatan 10 poin secara percuma ada ditawarkan.

Pusat servis sah juga akan mengadakan kempen panggilan semula jika terdapat alat ganti yang perlu ditukar tanpa mengenakan sebarang kos ke atas pemilik motosikal. 

Mazda CX30

Pusat servis sah yang terlibat adalah seperti berikut: 

  • Welly World Cycle No. 2135, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, 47000 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, 012-9412322
  • GB Workshop @ The Gasket Alley Lot 15, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, 016-3738656
  • heng Fatt Motor Sdn. Bhd. No 24, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang, 012-4018932
  • Soon Hin Co. A-139 & A-141, Jalan Beserah, Kuantan, Taman Seaview, 25300 Kuantan, Pahang, 016-9350055

BACA

Tags
Google ads
Back to top button