Buletin

DIDI GROUP LANCAR MOTORPLEX BUTTERWORTH. TAWAR 4 JENAMA MOTOSIKAL PREMIUM ITALI

Syarikat pengedar motosikal jenama premium di Malaysia, Didi Group telah melancarkan bilik pameran baharu iaitu MotorPlex Butterworth.

Bilik pameran baharu itu terletak di 1681 G1, Jalan Perusahaan, 13600 Perai, Pulau Pinang dan akan beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang.

Bilik pameran baharu tersebut akan menawarkan 4 jenama premium di bawah satu bumbung iaitu Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi.

Bertempat di Juru, Penang, bilik pameran itu juga menyediakan pelbagai aksesori serta kelengkapan penunggang.

Selain itu, Didi Group turut melantik GB Motorcycles Sdn Bhd sebagai pengurus untuk bilik pameran MotorPlex Butterworth.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada GB Motorcycles kerana memperkenalkan konsep global MotoPlex kepada landskap dinamik Pulau Pinang, yang akan membantu kami untuk mengukuhkan lagi kedudukan di Malaysia.

“Motoplex ialah rumah kepada jenama ikonik Piaggio. Mempunyai mereka di bawah satu bumbung, kami dapat menawarkan rangkaian yang lebih luas untuk bakal pelanggan.” Jelas Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo.

Dengan rekaan ala Itali, ia memiliki keluasan 3,200 kaki persegi yang dibahagikan sebanyak 2,600 kaki persegi untuk ruang pameran sementara 600 kaki persegi khusus buat ruang servis.

Ruang servis dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan peralatan untuk membaik pulih serta alat diagnostik terkini, bersama mekanik terlatih dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Google ads
Back to top button