Buletin

MUZIUM FERRARI CATAT 500K PENGUNJUNG DALAM MASA 11 BULAN

Populariti Muzium Ferrari yang terletak di Itali dilihat terus meningkat. Buktinya, sejak Januari hingga November tahun ini, muzium tersebut telah dikunjungi oleh lebih 500,000 orang pengunjung.

Ini merupakan kenaikan sebanyak 12 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Tahun lalu mencatatkan 478,000 keping tiket berjaya dijual.

Sepanjang November 2017, jumlah pengunjung Museo Enzo Ferrari di Modena naik 19 peratus iaitu 150,000 orang. Lonjakan itu dipacu oleh pameran “Driving with the Stars” yang menyaksikan model-model Ferrari yang dipandu oleh bintang sukan, budaya, industri dan hiburan dari seluruh dunia dipamerkan. 

Muzium Ferrari di Maranello juga mencatat kenaikan 8 peratus kepada 350,000 orang penjunjung. Sepanjang tahun ini, muzium tersebut telah menganjurkan pameran “Rosso Infinito” (‘Infinite Red’). Ia diikuti oleh pameran “Under the Skin” yang dibawa dari Design Museum London, bermula dari 15 November 2017 hingga 15 April 2018.

Angka-angka itu jelas menunjukkan bahawa muzium-muzium Ferrari menjadi antara lokasi paling kerap dikunjungi di Itali. Bagi memastikan pengalaman yang terbaik, muzium ini akan sentiasa menganjurkan pameran terbaik buat jenama Prancing Horse itu.

Google ads
Back to top button