Buletin

TOYOTA FT-AC – KONSEP SUV KOMPAK UNTUK JEJAKA MACHO

Toyota nampaknya sudah semakin lari dari imej sederhana kepada imej yang lebih rugged dan macho. Model konsep ini yang dinamakan FT-AC buktinya dan diperkenalkan kepada umum di LA Auto Show sekarang ini.

Buat masa sekarang ia masih diperingkat ujian tetapi ramai membayangkan yang SUV ini akan dikuasakan dengan enjin petrol dengan sistem pacuan-semua-roda. Wakil syarikat juga turut menyatakan yang kemungkinan ia dilengkapi dengan sistem hibrid generasi baru juga ada.

Jack Hollis, timbalan presiden dan pengurus besar Toyota menyatakan yang FT-AC adalah cukup sesuai untuk penggemar aktiviti lasak dan mahu meneroka alam sekitar pada hujung minggu. Tidak kira apa aktiviti yang dipilih, jalan yang mahu dilalui ataupun siapa yang memandunya, FT-AC akan menimbulkan mood dan keseronokkan kepada semua.

Model konsep ini dilengkapi dengan tayar bersaiz besar dan sambungan fender yang lebar. Jika jarak kelegaan bumi menjadi ukuran ia bukan satu masalah buat FT-AC ini kerana ia cukup tinggi.

BACA: KONSEP TOYOTA HILUX TONKA – HASIL KERJASAMA TOYOTA DAN PEMBUAT MAINAN TONKA

Tidak cukup dengan itu ia turut dilengkapi dengan rak bumbung bersaiz besar dengan lampu-lampu LED untuk menerangi pemanduan selain skid plate di hadapan dan belakang untuk menunjukkan karektor off-road sebenar hasil ciptaan Toyota terbaru ini. Tapi jangan bimbang, model ini nampaknya tidak dilengkapi dengan foglight belakang seperti Vios. harap-harap tidak akan ditambah jika takdirnya ia memasuki pasaran Malaysia satu hari nanti.

FT-AC ini dilengkapi dengan sistem pacuan-semua-roda yang dikawal sepenuhnya dengan menggunakan tetapan variable terrain-response yang mengawal putaran semua roda secara individu untuk memaksimakan cengkaman.

Selain daripada itu menurut wakil Toyota ia juga turut dilengkapi dengan rak basikal bersepadu pada bahagian belakang. Ia boleh disorokkan dalam beberapa saat sahaja jika ia tidak digunakan.

Toyota sudahpun menghasilkan beberapa rekaan konsep SUV kompak berdasarkan platform global mereka yang dinamakan T-NGA untuk melihatr reaksi orang ramai. April lepas mereka memperkenalkan konsep FT-4X di NY Auto Show dan TJ Cruiser di Tokyo Motor Show baru-baru ini.

GALERI:

Google ads
Back to top button