Buletin

MYOPAL SERVICES JALIN KERJASAMA DENGAN THELORRY

Syarikat pemula logistik TheLorry baru-baru ini mengumumkan ia akan menjalin kerjasama dengan MyOpal Services yang bertindak selaku penyedia dan pembekal insurans automotif premium.

Kerjasama itu dibuat bagi memberi lebih nilai kepada pengusaha industri kecil sederhana (IKS) dan syarikat logistik di negara ini.

Harus tahu bahawa ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Ia dilihat dapat memudahkan pengusaha IKS dan syarikat logistik menjalankan operasi mereka dengan lebih berkesan dan kos efektif.  

“Dengan MyOpal menjadi rakan insurans dan waranti, para pemandu TheLorry akan mendapat sokongan dan perlindungan daripada sebarang kerosakan mekanikal,” jelas Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan TheLorry, Goh Chee Hau.

Antara kelebihan yang ditawafrkan oleh MyOpal Services ialah kos operasi operator dan SME dapat dikurangkan. Ia juga menyediakan perlindungan menyeluruh yang merangkumi  kos penyelenggaraan, bantuan tepi jalan 24 jam, pembaikan tayar dan kos menunda.

Sementara insurans kenderaan dan komponen rantaian nilai kenderaan komersil pula akan ditawarkan kepada para pengguna secara berperingkat. 

Sejak ditubuhkan sehingga kini, TheLorry beroperasi di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Ia kini merancang untuk memperluaskan skop operasi ke  Vietnam dan Filipina. 

Google ads
"
"
Back to top button