
NISSAN LEAF 2026 BAKAL JADI EV TERMURAH DI US.
Nissan telah memberikan nafas baru pada EV pertama mereka iaitu Nissan Leaf melalui reka bentuk semula yang besar dan lebih banyak varian untuk tahun model 2026. Bukan itu sahaja, Nissan juga merancang untuk menghasilkan kereta elektrik termurah di pasaran dengan model yang sama
Nissan berkata bahawa harga Nissan Leaf EV dengan rekaan crossover akan bermula pada harga serendah $29,990 USD untuk trim S+, dan harga ini adalah kira-kira separuh daripada harga kenderaan elektrik baharu hari ini.
Dengan anggaran jarak perjalanan sekitar 303 batu (487km) bagi pasaran Amerika, ia merupakan tawaran harga mampu milik yang sangat menarik bagi sebuah kereta elektrik mampu milik dengan keupayaan untuk dipandu pada jarak jauh. 4 varian yang akan dihasilkan bermula dari S, S+, SV+ dan Platinum+

Buat masa sekarang, terdapat satu lagi varian murah dikenali dengan nama sebagai varian S dengan bateri 51kWh sahaja. Berdasarkan kelengkapan dan juga saiz bateri, kemungkinan besar ia akan dijual dibawah harga 30,000 USD
Untuk pasaran Amerikan, Nissan Leaf 2026 bakal dinobatkan sebagai EV termurah di Amerika apabila ia mula dijual pada hujung tahun ini. Dengan pengenalan model baru ini, ia menunjukkan Nissan Leaf telah menunjukkan revolusi perkembangan teknologi EV yang sangat memberansangkan
Apabila Nissan Leaf generasi pertamadilancarkan pada 2011, ia hanya mempunyai jarak anggaran EPA hanya sekitar 73 batu (117km) dan dijual pada harga sekitar $33,000. Model keluaran 2025 menyampaikan sehingga 212 batu (341km) mengikut protokol ujian EPA yang ketat
Nissan Leaf baharu juga lebih baik daripada sebelumnya dimana model terkini merupakan crossover kompak dan bukannya hatchback. Malah Nissan Leaf juga dipasangs dengan palam pengecasan rekaan Tesla, yang dikenali sebagai Standard Pengecasan Amerika Utara bagi membolehkannya dicaj di stesen pengecaj Tesla tanpa adaptor
Buat masa inu hanya ada satu sahaja pesaing serius untuk Nissan Leaf 2026 yang keluar sekarang, iaitu Chevrolet Equinox EV yang merupakan SUV kompak dijual di bawah harga $35,000, menawarkan jarak sejauh 319 batu. Sepanjang separuh pertama tahun 2025, ia merupakan EV bukan Tesla yang paling laris di pasaran Amerika
Dengan 2 pilihan kuasa, Nissan Leaf akan ditawarkan dengan pilihan motor elektrik dengan kuasa antara 177PS dan 218PS. Nissan Leaf juga menyokong sistem pengecasan pantas DCFC 150kW, ciri V2L, bumbung suria panaromic, Google Built-In, e-Pedal Step, dan pelbagai ciri ADAS moden

