Buletin

JAECOO J5 RASMI DIDEDAHKAN DI MALAYSIA, JANA KUASA 147PS – HARGA MASIH RAHSIA

Sempena OMODA JAECOO Carnival yang bakal berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos di Desa Park City, dua model baharu hari ini secara rasmi didedahkan untuk pasaran tempatan, iaitu JAECOO J5 dan OMODA C9 PHEV.

JAECOO J5 merupakan SUV segmen-B yang lebih kecil dan mampu milik berbanding J7, dengan ukuran panjang 4,380mm, lebar 1,860mm, tinggi 1,650mm serta jarak roda 2,620mm.

Dari segi rekaan, J5 banyak mengekalkan DNA J7 dengan garisan badan lurus dan kemas, memberikan aura premium ala Range Rover.

Bahagian dalamannya turut menyalin gaya J7, lengkap dengan skrin infotainmen potret 13.2-inci, kluster digital 8-inci serta stereng pelbagai fungsi empat jejari dengan rekaan seakan dua jejari.

Kabin berupa lima tempat duduk ini turut dilengkapi dengan kemasan kulit tiruan penuh, sistem audio 8 pembesar suara selain, Bumbung panorama cahaya bulan.

J5 mempunyai keluasan kargo sebanyak 480 liter, malah ruang ini boleh diperluas kepada 1,180 liter dengan menurunkan kerusi belakang dengan lipatan terpisah 60/40.

Untuk pasaran Malaysia, J5 ditawarkan dengan enjin empat silinder bercas turbo 1.5-liter yang menghasilkan kuasa 147PS dan tork 210 Nm, digandingkan bersama Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT).

Untuk rekod, JAECOO J5 mencatatkan kadar penggunaan minyak 7.5 liter/100km (WLTC).

GALERI:

Google ads
Back to top button