Buletin

NISSAN SKYLINE GT-R R34 J-TUNE TUNKU PANGLIMA JOHOR, DIPAMERKAN DI TASKL 2023

Nissan Motorsport International atau singkatannya NISMO merupakan satu divisyen yang berada di bawah Nissan Motorsports & Customizing. Fokus utama NISMO ialah lebih kepada syarikat penalaan, perlumbaan dan juga merupakan divisi jentera prestasi tinggi milik Nissan.

Bagi peminat jentera Nissan Skyline GT-R R34 talaan khas, anda berpeluang untuk melihat jentera ini dengan lebih dekat. Jentera Nissan Skyline GT-R R34 ini adalah milik Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor (TPJ) dan ia dipamerkan di Tokyo Auto Saloon Kuala Lumpur, Hall 4.

Jentera R-34 ini dibaikpulih menerusi program restorasi khas Nismo dengan semua kerja-kerja baik pulih dilakukan di fasiliti Nismo di Omori, Jepun. Nama J-Tine dipilih oleh Tunku Abdul Rahman untuk jentera istimewa ini. Menerusi program restorasi ini, cesi R-34 ini akan dicat semula dan dirawat dengan proses khas bagi memastikan ketegarannya berada dalam spesifikasi Nismo

Nadi asal RB26DETT ini telah dirombak dan diperiksa semula bagi memastikan ia boleh beroperasi dengan cemerlang pada tahun-tahun akan datang. Maklumat asal yang kami terima ialah sesaran asal enjin ini telah dipertingkatkan kepada 2800cc namun kuasa yang dihasilkan masih menjadi misteri namun kuasanya adalah paling tinggi setakat ini yang pernah dihasilkan oleh Nismo

Untuk kemasan luar Nissan Skyline R-34 J-Tune ini diberikan kit aero yang dihasilkan oleh Nismo yang merangkumi bampar depan, fender depan, diffuser belakang, kemasan skirt sisi dan bonet depan. Rim BBS dengan saiz 19 inci dan tayar 275/30 digunakan pada semua roda

Restorasi ini juga melibat kemasan dalam kabin dengan balutan semula kusyen kulit, kusyen depan perlumbaan, stering Nismo yang dibalut kulit serta alcantara bagi genggaman yang lebih baik. Anda boleh lihat sendiri jentera ini di Tokyo Auto Saloon Kuala Lumpur di MITEC yang berlangsung dari 9 sehingga 11 Jun

Nama “J-Tune” dipilih sendiri oleh Tunku Panglima dan juga Nismo, diilhamkan daripada huruf J iaitu huruf di depan perkataan negeri nJohor dan juga Jepun bagi menghargai kerjasama erat antara 2 pihak. Proses restorasi ini mengambil setahun untuk disiapkan dengan jentera ini diberikan no siri “001” menjadikan ia sebagai jentera tunggal bagi talaan J-Tune

Google ads
Back to top button