Buletin

MICHELIN BRAND EXPERIENCE 2023 DI LITAR SEPANG. SERLAHKAN KEUPAYAAN SEBENAR TAYAR PILOT SPORT 5 DAN PRIMACY SUV+

Michelin Malaysia baru-baru ini  menganjurkan acara MICHELIN BRAND EXPERIENCE 2023 di Litar Antarabangsa Sepang.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu  menyajikan peluang yang eksklusif untuk semua peserta merasai sendiri kehebatan tayar MICHELIN Pilot Sport 5 dan MICHELIN Primacy SUV+ terbaharu.

“Kami berasa amat teruja untuk menganjurkan acara eksperiensial ini buat pertama kali sejak pandemik COVID-19. Ia memberi kami peluang untuk bukan sahaja merapatkan semula hubungan dengan jaringan wakil pengedar dan pelanggan yang sentiasa menyokong Michelin. 

“Menerusi MICHELIN BRAND EXPERIENCE 2023, kami ingin menyerlahkan dua komponen yang menjadi tunjang kepada  DNA Michelin iaitu Inovasi dan Kelestarian.

“Seperti yang ditunjukkan oleh produk- produk tayar baharu kami, MICHELIN Pilot Sport 5 dan MICHELIN Primacy SUV+ kini hadir dengan jangka hayat serta prestasi maksimum,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana.

Berbekalkan sokongan rakan kenderaan rasmi, Mercedes-Benz Malaysia, lebih 215 warga media, wakil pengedar dan kakitangan dalam rangkaian MICHELIN dapat merasai sendiri pengalaman ‘Ride and Drive’. Kedua-dua tayar baharu itu diuji secara agresif demi membuktikan keupayaan sebenarnya. 

MICHELIN BRAND EXPERIENCE 2023 menyajikan pelbagai aktiviti memandu yang mengujakan. Ini termasuklah sesi gymkhana bersama tayar MICHELIN Pilot Sport 5 yang membolehkan pemandu mengalami sendiri daya cengkaman dan pengendalian luar biasa tayar tersebut di selekoh tajam dan permukaan basah. 

Sesi pandu uji di Litar Sepang yang melibatkan tayar MICHELIN Primacy SUV+ pula menunjukkan keupayaannya dari segi keselesaan.

Sementara demonstrasi tayar MICHELIN Pilot Sport 5 dan MICHELIN Primacy SUV+ dalam keadaan basah/haus jelas  menunjukkan prestasi membrek yang lebih baik berbanding tayar-tayar jenama pesaing lain di atas permukaan basah.

Pengalaman-pengalaman unik lain yang disajikan buat para peserta meliputi peluang memandu di Litar Sepang bersama  pengajar Michelin yang bertauliah. Tidak ketinggalan, aktiviti perlumbaan simulator. 

“Kami akan terus berusaha untuk menawarkan tayar terbaik yang merentasi pelbagai segmen kenderaan, termasuklah MICHELIN Agilis 3 untuk segmen trak ringan dan MICHELIN Road 6 untuk motosikal,” kata Dangrojana.

GALERI

Google ads
Back to top button