Buletin

NSX INSIDER EXPERIENCE – TAWAR PENGALAMAN HEBAT KEPADA PEMILIK NSX

Acura baru-baru ini melancarkan NSX Insider Experience yang direka khas untuk semua pemilik supercar NSX. Program itu membolehkan pelanggan merasai sendiri pengalaman proses penghasilan jentera masing-masing.

Mereka akan dibawa melawat kemudahan utama Acura di Ohio yang merangkumi Performance Manufacturing Center (PMC) di mana NSX dibina. Selain melawat bilik pemasangan enjin NSX di Anna Engine Plant.

Para tetamu juga berpeluang untuk memandu uji NSX dengan bimbingan pemandu profesional di litar ujian Pusat Penyelidikan Pengangkutan Acura. Acura NSX merupakan satu-satunya supercar yang direka, dibangun dan dikilangkan di Amerika Syarikat. Pemilik NSX sedia ada juga sudah boleh menyertai program tersebut.

“NSX Insider Experience membawa klien kami di sebalik tabir penghasilan NSX yang membolehkan mereka melihat sendiri kepakaran pertukangan setiap pekerja kami.

“Ia pasti menjadi pengalaman yang sangat personal dan tidak dapat dilupakan oleh semua pelanggan,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Acura, Jon Ikeda.

Acura juga bekerjasama dengan hotel mewah Le Méridien, Joseph Hotel di Columbus, Ohio sebagai sebahagian daripada NSX Insider Experience. Para pemilik NSX boleh menikmati pengalaman hebat di sebuah bilik khas di hotel berkenaan.

NSX Insider Experience ditawarkan dalam enam pakej berbeza. Pelanggan boleh memilih sama ada lawatan selama satu atau dua hari ke PMC, Anna Engine Plant atau pandu uji di litar ujian selama empat jam. Pakej itu bermula pada harga AS$2,700 (RM12,020).

BACA: HONDA NSX – BAGAIMANA IA BERMULA? APAKAH MAKSUD N.S.X?

BACA: BELI HONDA NSX – PERCUMA SEORANG MEKANIK

Google ads
Back to top button