Buletin

KOENIGSEGG REGERA R PEMANDUAN SEBELAH KANAN ? YA. HANYA UNTUK AUSTRALIA

Hampir 70 peratus negara di dunia ini mengamalkan sistem pemanduan sebelah kiri (LHD). Hanya sebilangan negara kecil sahaja yang menggunakan pemanduan sebelah kanan (RHD). Kebanyakan negara ini terletak di benua Asia dan majoriti adalah koloni bekas jajahan British.

Aneh kan? Kalau difikirkan Britain satu-satunya negara di Eropah yang memandu dengan stereng sebelah kanan (dan kedudukan kereta sebelah kiri di atas jalan) tapi itulah sejarah, sebenarnya anda kena bersyukur juga sebab kita sama dengan Jepun. Maka dapatlah merasa pakai kereta-kereta JDM.

BACA: KOENIGSEGG CCX TOTAL LOST DI MEXICO

Tapi ia berita sedih untuk golongan aristokrat, bangsawan dan peminat hypercar di negara RHD yang agak susah juga nak pandu dengan stereng sebelah kiri. Tambah lagi, bukan semua negara RHD membenarkan kereta LHD bergerak secara sah di jalanraya.

Kami yakin anda mesti pernah lihat kereta-kereta stereng sebelah kiri di sini. Undang-undang jalanraya Malaysia membenarkannya, sama seperti Jepun. Tetapi tahukah anda kereta LHD tidak dibenarkan di Singapura? (hanya kereta diplomatik sahaja)

Sama seperti Australia, kereta pemanduan sebelah kiri tidak dibenarkan berada jalanraya. Kereta-kereta hypercar eksotik seperti Bugatti Veyron, LaFerrari, McLaren P1, Koenigsegg tidak  dibuat untuk pemanduan sebelah kanan (RHD).Jadi bagaimana orang-orang kaya di Australia, taukey Qu Puteh cawangan Sydney dan anak ahli politik yang korup hendak membeli kereta idaman mereka?

Nah. Prodigy Automotive, pengedar kenderaan eksotik di Brisbane telah menandatangani perjanjian dengan Koenigsegg untuk menjual Regera di Australia. Lebih menarik lagi, ia akan dihasilkan dengan unit pemanduan sebelah kanan, pertama seumpanya dibuat oleh Koenigsegg di kilang mereka.

Menurut pengarah urusan Prodigy Automotive, mereka mendapat respon yang baik dari pelanggan. Beliau yakin akan dapat menjualnya dalam masa terdekat dan harganya dijangka sekitar AUD3 juta (RM10.2 juta)

Beberapa tahun lepas, kami pernah mendengar cerita seorang hartawan negara ini meminta Bugatti memasang stereng Veyron di sebelah kanan. Beliau dikatakan sanggup membayar harga dua kali ganda untuk sebuah Veyron RHD.

Bugatti tidak dapat penuhi permintaan tersebut. Tak pasti samada isunya ialah kos ataupun falsafah atau apa saja. Apapun, kita masih boleh pandu sebelah kiri.

Cuma sediakan penyepit bila lalu pondok tol yang tiada lorong smart tag. Tahukah anda di Jepun memang ada pondok tol khusus untuk pemandu kiri? Ya betul. Jepun adalah negara RHD yang mesra kereta LHD.

BACA: NAZA JUAL KOENIGSEGG AGERA S RM5 JUTA

BACA: PAGANI ZONDA TRICOLORE, HANYA 3 UNIT DI DUNIA

 

 

Google ads
Back to top button