Buletin

PAKCIK CINA SEDIAKAN VAN JENAZAH PADA YANG TAK MAMPU

Jika anda mengikuti perkembangan Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, beliau merupakan aktivis kemasyarakatan yang sering dilihat membantu golongan miskin dalam pelbagai cara.

Uncle Kentang sering abil jalan berbeza dengan cara membantu golongan susah. Di rumahnya, beliau sediakan keperluan harian kepada yang ememrlukan, hanya perlu datang dan ambil tanpa banyak soalan.

Namun apa yang lebi menyentuh hati apabila beliau mula menyediakan van jenazah, khusus kepada keluarga beragama Islam yang tidak mempu untuk menghantar jenazah ke kampung atau ke tanah perkuburan.

Ia bukanlah usaha yang baru malah, Uncle Kentang juga mempunyai beberapa buah kenderaan lain yang bersedia membawa penumpang, khususnya dari sabah dan sarawak yang ingin melawat pesakit di semananjung.

Ada banyak lagi kebaikan yang pernah beliau lakukan namun yang terbaru semalam, untuk melancarkan proses membantu keluarga menguruskan jenazah, beliau telah meletakkan kunci van jenazah di kedai mamak berhampiran.

Kedai mamak yang beroperasi 24 jam itu membolehkan van tersebut digunakan pada bila-bila masa dan ada yang lebih memeranjatkan kerana van-van ini sudah siap diisi dengan bahanapi dan kalau tak ada duit nak isi minya, beliau akan bagi!

berikut adalah pautan terbaru beliau di laman facebook nya

…………………

VAN JENAZAH DI GANTUNG…..KITA KAWTIM KEDAI MAMAK 24 JAM.

Kunci Van jenazah ada sedia di gantung 24 jam di kedai Restoran Maju Utama, Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama, Puchong. Tak payah cari merata. KAU DAN KITA SEDIAKAN 24 JAM. MINYAK PENUH. AMBIL BUKU TULIS NAMA DAN HANDPHONE DAN KEDAI MAMAK AKAN BERI KUNCI. PERMUDAHKAN. MINYAK VAN SENTIASA PENUH. FULL.

ia sedekah dari orang ramai. Ia bukan van saya. Kita permudahkan bukan menyukarkan untuk dapatkan Van. TUHAN JADIKAN KEDAI MAMAK 24 JAM. KITA GUNA PAKAI KEDAI MAMAK ITU UNTUK PERMUDAHKAN URUSAN ORANG MATI. Tak payah ketuk pintu sana sini cari kunci Van.

Lepas ambil mesej saya 018 2683999. KALAU MASA NAK BALIK DUIT MINYAK TAK ADA, BERITAHU SAYA, SAYA AKAN MASUKKKAN WANG UNTUK DUIT MINYAK. Tetapi jangan tipu sudahlah. Mesti ada jenazah dan permit kubur.

Google ads
Back to top button