Buletin

LELAKI TERLIBAT BULI JALANRAYA DITAHAN POLIS

Hampir setiap hari kita mendengar kes-kes buli jalanraya berlaku. Dalam satu kejadian terbaru, seorang lelaki telah ditahan.

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam satu kejadian buli jalan raya di Jalan Teknologi Seksyen 6 Kota Damansara, Selangor, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di Kota Damansara pada pukul 7 malam.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek akan direman pada Sabtu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Terdahulu pihaknya menerima laporan daripada pengadu iaitu seorang pelajar berusia 22 tahun pada jam 4.45 petang Khamis.

“Pengadu mendakwa ketika dia memandu di lokasi kejadian, telah berlaku perselisihan faham ketika hendak menukar lorong hingga menyebabkannya membunyikan hon beberapa kali

“Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” jelasnya.

Terdahulu, tular video di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp memaparkan tindakan seorang lelaki yang meludah serta menumbuk kereta pengadu.

Pemandu lelaki terbabit juga dilihat menunjukkan isyarat lucah.

KREDIT: ASTRO AWANI

Google ads
Back to top button