Artikel Pilihan

PEMILIK KERETA VOLKSWAGEN SEKALIAN, JOM MENANGI HELIX SOUNDBAR BERNILAI RM2,604 DENGAN MEKANIKA!

Bagi menghargai pelanggan setia Volkswagen, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) kini memberi peluang untuk anda memenangi sebuah HELIX Soundbar menerusi satu peraduan khas bersama Mekanika Malaysia.

Macam mana nak sertai? Mudah sahaja, anda hanya perlu LIKE advertorial ini yang dikongsi di laman Facebook rasmi Mekanika Malaysia.

Kemudian, beritahu varian Volkswagen yang dimiliki dan lengkapkan slogan “Saya pemilik kenderaan Volkswagen dan peminat Mekanika Malaysia kerana……” tidak lebih 20 patah perkataan di ruang KOMEN.

Untuk mencerahkan lagi peluang untuk menang, anda perlu berkongsi hantaran tentang peraduan ini di newsfeed Facebook (jadikannya satu post public) bersama hashtag #VWHelixSoundbarGiveaway dan tag FB Mekanika Malaysia.

Tempoh peraduan ini hanya satu minggu iaitu bermula 6 hingga 12 Nov 2020.

Pemenang dengan slogan yang paling kreatif akan dipilih secara rawak dan diumumkan pada 16 November 2020 di Facebook rasmi Mekanika Malaysia.

Harus tahu bahawa HELIX soundbar hanya boleh dipasang pada kenderaan yang dibina di atas platform MQB sahaja seperti rangkaian model Golf (2013 dan ke atas), Tiguan (2016 dan ke atas), dan Passat (2015 dan ke atas).

HELIX soundbar ini dijual pada harga RM2,604 seunit. Tetapi, jika anda tidak menang dan ingin membelinya, jangan risau. Sebabnya, VPCM sedang mengadakan promosi pada harga cuma RM999 termasuk pemasangan, sehingga stok masih ada.

Apa yang membuatkan hadiah ini cukup istimewa ialah HELIX 300W Soundbar merupakan aksesori sah Volkswagen dan dihasilkan oleh pakar audio hi-fi Jerman, HELIX.

Soundbar amplifier 5 saluran dengan satu sistem pemproses dan subwoofer bersepadu itu akan dipasang pada ruang kargo di belakang kereta. Ia menjadi penambahan kepada sistem bunyi dengan 8 unit pembesar suara sedia ada pada kereta anda.

Sudah pasti, sebaik sahaja dipasang, soundbar itu menawarkan kualiti dan kejelasan bunyi muzik yang cukup mengasyikkan. 

Terma dan syarat peraduan

  • Terbuka kepada pemilik kenderaan Volkswagen sahaja
  • Pemenang perlu membawa HELIX Soundbar ke pengedar sah Volkswagen kegemaran mereka untuk dipasang untuk mengelakkan jaminan kenderaan terbatal.
  • Kos pemasangan RM172.50 perlu ditanggung oleh pemenang.
  • HELIX soundbar tidak boleh bertukar milik atau ditukar dengan wang tunai.
  • Mekanika Malaysia akan menyerahkan soundbar kepada pemenang
  • VPCM akan memberikan sepucuk surat kepada pemenang. Surat itu perlu dibawa bersama soundbar ke pengedar Volkswagan untuk dipasang. 

Hah, tunggu apa lagi? Sertai sekarang!!!

GALERI

Google ads
Back to top button